Tak salah rasanya kalau aku kata aku "smell something fishy" bila tiba-tiba ada berita kata depa tengah berbincang untuk "penyelesaian secara menyeluruh" untuk semua rayuan petisyen pilihanraya. Pasai apa pulak tiba-tibn nak kena bincang secara menyeluruh?
Bharian melaporkan:
Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sedang berbincang berhubung 19 rayuan petisyen pilihan raya yang belum selesai di Mahkamah Persekutuan sama ada penyelesaian secara menyeluruh boleh dicapai.
Pada peringkat awal, peguam BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memaklumkan lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif bahawa kedua-dua pihak akan membincangkan penyelesaian menyeluruh. - Bharian.
Macam yang selslu aku tulis, aku tak berapa nak paham sangat dengan undang-undang dan mahkamah yang selalu guna ayat berulang-ulang dan berbelit-belit.
Tapi tak salah rasanya kalau aku kata aku "smell something fishy" bila tiba-tiba ada berita kata depa tengah berbincang untuk "penyelesaian secara menyeluruh" untuk semua rayuan petisyen pilihanraya. Pasai apa pulak nak kena bincang secara menyeluruh?
Tambah-tambah pulak sebelum ni banyak petisyen yang ditolak sebelum dibicarakan atas alasan teknikel yang pada aku tah apa-apa, sampai nampak macam semua peguam yang bawak kes petisyen tu langsung tak faham tatacara mahkamah pilihanraya.
Pulak tu, petisyen tu ditolak dengan kos yang pada aku sangat GILABABI, malah ada yang kata kalau babi gila pun tak setara tu. Mana logiknya kalau mahkamah putuskan pempetisyen kena bayar ada yang lebih RM100,000 kepada yang calon parti lawan dan jugak kepada pegawai SPR.
Bharian melaporkan:
Semua petisyen pilihan raya dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya dengan kos atas bantahan awal kerana tidak mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 bagi Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. - Ibid.Bharian juga melaporkan:
Mahkamah menetapkan 2 Disember bagi kedua-dua pihak memaklumkan hasil perbincangan itu.Mungkin kut pihak belah BN nampak yang akhirnya 'grand design' depa 'menggunakan' mahkamah pilihanraya dalam hal petisyen pilihanraya ni akan merugikan Umno BN. Rugi kut mana aku tak pasti tapi tentu punya depa akan rugi pasai tu depa ajak buat penyelesaian secara menyeluruh untuk semua rayuan tu.
Hari ini, pada mulanya, mahkamah dijadual mendengar rayuan-rayuan petisyen pilihan raya dari beberapa kawasan Parlimen, antara lain, Bagan Datoh, Sungai Besar dan Kuala Selangor. - Ibid.
Lagi satu, kalau ikut laporan Bharian tu Edmund Bon yang mewakili calon-calon PKR mengesahkan depa bersetuju untuk berbincang mengenai penyelesaian itu, tak disebut pulak komen dari pihak pempetisyen PAS. Aku harap ada pihak yang berkenaan dalam PAS boleh tolong buat pencerahan pasai benda ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis