Shahrizat perguna Rafizi untuk pastikan dia menang Ketua Wanita Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 11, 2013

Shahrizat perguna Rafizi untuk pastikan dia menang Ketua Wanita Umno?

Rentetan usaha Shahrizat membersihkan nama dia dengan saman Rafizi dan Zuraida di mahkamah dan kemudian diakui bersih pulak oleh Najib dan diikuti dengan kemenangan dalam PRU13, takdak tokoh wanita Umno yang berani cabar dia untuk jawatan Ketua Wanita Umno.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera. - TMI.  
Aku yakin ramai yang rasa bila Shahrizat berani saman Rafizi dan Zuraidah awal tahun hari tu Shahrizat
bersih. Ramai tu maksud aku dari kalangan orang Umno terutamanya dari kalangan Wanita Umno. Bahkan aku yakin depa percaya bila Shahrizat berani cabar di mahkamah tu bermakna bukan saja dia bersih tapi suami dan anak-anak dia jugak bersih.

Sekurang-kurangnya ituu mesej dan persepsi yang Shahrizat nak tanam untuk orang Umno terutama sekali ahli wanita Umno yang masa tu cukup terasa dengan isu skandal NFC tu.

Hasilnya memang hebat terutama sekali bila Najib pun 'ampunkan dosa' Shahrizat yang terpalit akibat olah suami dia tu dan dibagi jawatan bertaraf menteri dan natijahnya, dia tak hadapi masalah bila dipilih jadi calon PRU13 dan menang besar pulak tu

Rentetan usaha Shahrizat membersihkan nama dia dengan saman Rafizi dan Zuraida di mahkamah dan kemudian diakui bersih pulak oleh Najib dan diikuti dengan kemenangan dalam PRU13, takdak tokoh wanita Umno yang berani cabar dia untuk jawatan Ketua Wanita Umno.

Yang berani cabar dia pun cuma veteran Wanita Umno yang tak tara mana dan jugak sorang ahli Wanita Umno yang cuma menumpang nama pak dia yang jugak tak terkenal tara mana.

Akhirnya Shahrizat Jalil berjaya mengekalkan jawatan dia sebagai Ketua Wanita Umno dengan cemerlang sekali.

Apa lagi yang dia nak? Nama dia dah bersih di mata majoriti ahli Umno terutama sekali Wanita Umno, dia berjaya pulak menang balik title Ahli Parlimen selepas dimalukan oleh Nurul Izzah masa PRU12 dan yang lebih penting kuasa dia tak tergugat dalam Wanita Umno yang menjanjikan dia peluang yang seluas-luasnya.

Untuk apa lagi dia teruskan nak saman Rafizi dan Zuraida tu dengan risiko yang cukup tinggi kemungkinan lebih banyak kudis dan sopak kat badan dia didedahkan dimahkamah.

Apa sangat kesannya kalau setakat Rafizi dan Zuraida melalak kata:
keputusan Shahrizat menunjukkan segala pendedahan mengenai NFC yang dibuat oleh mereka mempunyai asas selain bertepatan dengan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Ibid.
Mungkin di mata kita penentang Umno BN tindakan Shahrizat tu nampak ada sikit BANGANG tapi kalau ikut standard Umno tindakan Shahrizat main aci menggunakan mahkamah macam tu adalah tindakan yang cukup bijak untuk memperbaiki persepsi mana dia dalam Umno dan terbukti dia berjaya yang tentunya dengan bantuan dana yang cukup besar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...