Logik BANGANG Shahidan tu memang sesuai tahap mentaliti pengundi Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 11, 2013

Logik BANGANG Shahidan tu memang sesuai tahap mentaliti pengundi Umno?

Mungkin jawapan standard BANGANG macam yang Shahidan bagi tu yang sebahagian besar rakyat Malaysia nak dengar sesuai dengan tahap mentaliti logik depa kut. Walaupun bukan majoriti tapi sebahagian besar tu la yang mengundi Umno BN membentuk kerajaan.

Malaysiakini melaporkan:
Walaupun penggunaan elektrik di kompleks Seri Perdana menelan belanja RM2.2 juta setahun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menganggapnya antara yang terendah dalam dunia.

Ini menurutnya jika dibandingkan dengan kediaman rasmi ketua kerajaan-kerajaan lain. - Mkini.  
Kalau baca setakat 2 perenggan tu nampak ok lagi tapi bila Malaysiakini tambah lagi:
Tanpa memberikan perincian lanjut, Shahidan (kanan) berkata kerajaan Malaysia mengamalkan "sistem jimat dan cermat" dalam perbelanjaan untuk kompleks tersebut.

"Berdasarkan pemerhatian saya, ia adalah antara yang terendah di dunia kerana sistem jimat dan cermat yang kita amalkan," kata Shahidan sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat tengahari tadi. - Ibid.
Memang sah alasan BANGANG.

Macamana dia senang-senang boleh kata "antara yang terendah dalam dunia" bagi la bukti senarai belanja penggunaan elektrik untuk kompleks negara-negara lain tengok Seri Perdana duduk tempat no berapa.

Mana boleh main belasah guna "Berdasarkan pemerhatian saya..." Hang perhati kut mana? Perhati tengok dengan mata kepala sendiri di kompleks setiap negara yang ada kat dunia ni.

Yang lagi bertambah BANGANG tu ayat-ayat BANGANG tu dia keluarkan dalam parlimen masa gulung bahas Belanjawan pulak tu. Memang malang la nasib rakyat Malaysia ada menteri yang BANGANG sampai tara ni.

Tapi bila difikir balik, mungkin jawapan standard BANGANG macam yang Shahidan bagi tu yang sebahagian besar rakyat Malaysia nak dengar sesuai dengan tahap mentaliti logik depa kut. Walaupun bukan majoriti tapi sebahagian besar tu la yang mengundi memenangkan Umno BN membentuk kerajaan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...