Berita baik dari Pengerusi SPR untuk rakyat Malaysia? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 27, 2013

Berita baik dari Pengerusi SPR untuk rakyat Malaysia?

Cumanya kalau nak kata berita Wan Omar bersara wajib mulai esok ni berita baik tak tentu jugak pasainya aku cukup yakin mamat yang akan gantikan dia pun mesti lebih kurang jugak dengan dia ni, malah tak mustahil yang akan gantikan dia ni lagi teruk dari mamat ni.

Bernama melaporkan:
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersara wajib bermula esok setelah berkhidmat dengan suruhanjaya itu selama 16 tahun.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan di sini Rabu, berkata persaraan Wan Ahmad adalah mengikut Perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa seorang anggota SPR adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun. - Bernama.  
Tentu ramai yang seronok bila keluar berita ni. Timbalan Pengerusi SPR yang selalu sangat beraksi macam 'si anjing Umno' ni akan bersara dari SPR. Bukan sekali dua malah kerap sangat mamat ni beraksi macam tu malah kadang-kadang aksi dia tu pemimpin Umno sendiri pun kalah.

Berita Bernama juga melaporkan:
Abdul Aziz berkata sepanjang 16 tahun, Wan Ahmad terlibat dalam empat pilihan raya umum negara (1999, 2004, 2008 dan 2013); 42 pilihan raya kecil (dari 1998-2013) dan tiga urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak iaitu pada 1990 dan 2003 (bagi Semenanjung dan Sabah) dan persempadanan semula Sarawak pada 2005. - Ibid.
Aku yakin kerja-kerja persempadanan semula kawasan pilihanraya tu memang bawah dia jugak yang sampai hari ni nampak sangat terlalu mengarut. Terengganu masih ada cuma 8 kawasan Parlimen berbanding Sarawak yang ada sampai 31 Kawasan Parlimen.

Memang nampak sangat persempadanan semula tu dibuat untuk menguntungkan Umno dan nak pastikan uang pembangkang takkan berjaya tumbangkan Umno BN, bukan saja di peringkat persekutuan tapi juga diperingkat negeri.

Mamat Timbalan Pengerusi SPR ni dah berkali-kali rakyat desak suruh dia letak jawatan termasuk oleh jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 yang desak dia letak jawatan dan bertanding dalam pilianraya bila dia komen lebih-lebih mengutuk himpunan Bersih 2.0.

Kali dia dia terpaksa bersara jugak pasai dah sampai umur "bersara wajib".

Cumanya kalau nak kata berita Wan Omar bersara wajib mulai esok ni berita baik tak tentu jugak pasainya aku cukup yakin mamat yang akan gantikan dia pun mesti lebih kurang jugak dengan dia ni, malah tak mustahil yang akan gantikan dia ni lagi teruk dari mamat ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...