Naib Presiden PAS: Yang macam mana lagi yang ahli PAS nak? (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 24, 2013

Naib Presiden PAS: Yang macam mana lagi yang ahli PAS nak? (video)

Ketiga-tiga golongan sepatutnya cukup berpuashati pasai ada wakil depa di jawatan Naib Presiden yang memang benar-benar boleh mewakili depa. Pada aku kalau lepas ni ada lagi yang sibuk pasai ulama vs profesional vs aktivis atau pun apa-apa vs lain, memang kompom kut depa tu ada 'agenda peribadi' dan tak sayang parti.

Imej: TMI
Malaysiakini melaporkan:
Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpuas hati dengan keputusan pemilihan untuk jawatan tersebut, yang menurutnya berjaya menonjolkan pemimpin dari tiga kelompok utama dalam parti Islam itu – ulama, aktivis dan profesional.

Katanya, setiap golongan dalam PAS kini juga harus berpuas hati kerana telahpun mendapat wakil masing-masing dalam pemilihan kali ini, dan memfokuskan usaha untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. - Mkini
Aku cukup setuju dengan Ust Tuan Ibrahim dan memang pun pilihan perwakilan tu sama macam harapan aku yang aku tulis dalam post sebelum ni.

Macam kata Ust Tuan Ibrahim, ketiga-tiga golongan sepatutnya cukup berpuashati pasai ada wakil depa di jawatan Naib Presiden yang memang benar-benar boleh mewakili depa. Pada aku kalau lepas ni ada lagi yang sibuk pasai ulama vs profesional vs aktivis atau pun apa-apa vs lain, memang kkompom kut depa tu ada  'agenda peribadi' dan tak sayang parti.

Bagi yang kecewa Hj Mahfuz 'tergelincir' rasanya aktivisme Hj Mahfuz mampu diambil alih oleh Salahuddin dan ditampung oleh Husam dan Ustaz Tuan Ibrahim kalaupun mungkin tak sepantas dan banyak idea spontan macam Hj Mahfuz.

Aku yakin lepas ni Hj Mahfuz akan lantik ke jawatan dalam Dewan Harian PAS Pusat jugak, dan macam yangaku tulis sebelum ni, jawatan ketua Penerangan mungkin paling sesuai untuk Hj Mahfuz.

Apa pun, aku yakin ramai ahli dan penyokong PAS tumpang sebak kalau berkesempatan tengok LIVE pemgumuman keputusan Naib Presiden tu dan kemudiannya ucapan penangguhan 3 Naib Presiden dan jugak ucapan Hj Mahfuz.

Kat bawah ni sedutan yang Malaysiakini buat


Bagi yang mengaku ahli dan penyokong PAS yang masih tak puas hati Mat Sabu dikekalkan sebagai Timbalan Presiden pulak aku malas nak komen panjang-panjang melainkan nak bagitau yang pilihan perwakilan tu adalah MUKTAMAT.

Samada hangpa terima dengan hati yang terbuka ataupun hangpa ada pilihan lain untuk tinggalkan PAS. PAS tak perlukan komen hangpa yang melalut dan semakin mengarut terutama sekali dalam facebook.

Bagi yang yakin percaya sungguh-sungguh yang Mat Sabu tu penganut syiah, kalau takat nak sebut "aku dengar kawan aku kata kawan kepada kawan dia bla bla bla... baik tak payah.

Bahkan kalau ada yang sampai berani bersumpah 'Wallah hi, wabilla hi, watallahi, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri..." pun aku tak yakin perwakilan akan percaya.

Jadinya, tolong siasat sungguh-sungguh, cari bukti 'fizikal' yang jelas terang dan genuine. Kalau ada bukti macam tu, aku yakin Majlis Syura akan bermesyuarat serta-merta untuk pecat Mat Sabu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...