Yang aku mushkilnya bila berita 'memalukan' macam ni pun Umno boleh banggakan, patut padan la kalau nak tunjuk bangang pun, lain la kalau Zambry muka tak malu tu berjaya selesakan masalah air bersih Kampung Sabar Jaya tu dalam masa seminggu contohnya, atau pun paling lama pun 3 bulan.
Umno-Online melaporkan:
Kerajaan negeri Perak memperuntuk RM525,000 bagi Projek Bekalan Air Bersih yang membabitkan lebih 350 penduduk Kampung Sabar Jaya di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata projek itu dilaksana oleh Lembaga Air Perak (LAP) sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam mempertingkat infrastruktur di kawasan luar bandar.
Beliau berkata projek itu meliputi pemasangan paip sepanjang enam kilometre melibatkan 42 rumah dan pembinaan rumah pam khas bagi mengatasi masalah tekanan air rendah yang menyebabkan air tidak dapat disalur dengan sempurna. - Umno-Online.
Aku tak berapa nak faham pasai apa Zambry boleh bangga dengan 'kejayaan' ni dan dikongsi bersama oleh Umno sampai tahap Umno-Online portal rasmi Umno siarkan berita ni.
Dah lebih 56 tahun malaya merdeka pun depa masih dengan muka tak malu berbangga berjaya salurkan air bersih kepada lebih 350 penduduk sebuah kampung.
Alasan Zambry projek tu lewat pasai masalah teknikal. Teknikel kepala hotak apa sampai 15 bulan baru boleh selesai.
Bagi yang taktau pasai cerita ni hangpa elok tengok video 'janji dicapati' oleh Zambry kat bawah ni.
Jangan ada yang tersilap persepsi pulak, video tu bertarikh 18 September 2012, maknanya sekarang ni dah lebih 14 bulan. Dalam video kat atas tu Zambry cuba nak salahkan Hj Nizar pasai apa tak selesaikan masalah tu masa memerintah 11 bulan.
Walaupun banyak alasan dan hujjah tapi aku tak berminat nak pertahankan 'kegagalan' Hj Nizar masa dia jadi MB Perak yang cuma 11 bulan tu tapi yang aku sikit mushkilnya bila berita 'memalukan' macam ni pun Umno boleh banggakan, patut padan la kalau nak tunjuk BANGANG politik pun, lain la kalau Zambry muka tak malu tu berjaya selesakan masalah tu dalam masa seminggu contohnya, atau paling lama pun 3 bulan.
PerakToday pulak dengan bangganya melaporkan:
Seorang penduduk yang ditemui Peraktoday.com, Maziyah Salleh, 44, berkata sebelum ini, dia terpaksa mengangkut air menggunakan motosikal lebih daripada tiga kali sehari untuk keperluan harian.Kesian makcik Maziyah ni, lebih 22 tahun dimadmasalankan Umno BN...
“Saya tinggal di sini hampir sejak berumur 21 tahun dan hampir setiap hari terpaksa menganggkut air di kawasan terdekat mahupun jauh berbaldi-baldi bagi aktiviti seperti memasak serta membasuh pinggan.
“Manakala untuk membersihkan diri pula, saya terpaksa ke sungai-sungai mahupun perigi berhampiran.
“Memang sangat sukar jika kekurangan bekalan air tetapi saya tetap sabar sehingga hari ini dan Alhamdulillah, kesabaran saya berbaloi apabila Menteri Besar sendiri turun melancarkan projek bekalan bersih air ini,” ujarnya dengan nada gembira. - PerakToday.
Nota kaki