Kalau tengok keputusan penuh PRK N20 Sungai Limau ni mengikut UPU memang nampak sangat sokongan kepada calon PAS menurun dan Umno BN berjaya 'rampas' 5 UPU.
Sumber: Bharian |
Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.
Beliau memperolehi 12,069 undi sementara calon BN pula 10,985.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau yang berlangsung hari ini menyaksikan seramai 23,249 pengundi atau 85.5 peratus keluar menunaikan tanggungjawab. - Hrkh.
Alhamdulillah, walaupun aku dok risau ada kemungkinan Umno BN boleh rampas Dun Sungai Limau tapi rupanya kerisauan aku tu sebenarnya tak berasas.
Walaupun merosot banyak tapi boleh dapat majoriti lebih sikit seribu undi untuk PRK kira cukup kuat la. Tambah-tambah untuk PRK di negeri Kedah yang baru Umno BN rampas balik masa PRU13 dulu, ramai yang rasa meluat dengan kemelut dalaman PAS Kedah yang nampak macam masih lagi belum berakhir.
Sumber: Facebook |
Aku malas nak ulas lebih-lebih pasai aku hampir langsung tak menyumbang untuk PRK kali ni. Takat pi bagi ramai masa hari penamaan calon takdak bagi kesan apa-apa kut.
Kalau ada pun mungkin sikit sangat pasai cadangkan UPU tempat aku UPU Titi Serong bagi segulung bendera yang akhirnya sampai ke Markaz Operasi Ulamak PRK Sungai Limau.
Sumber: Facebook UPU Titi Serong |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis