PAS tentu menang PRK Sungai Limau kalau 'haramkan' ceramah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 21, 2013

PAS tentu menang PRK Sungai Limau kalau 'haramkan' ceramah?

Secara teorinya, senarai kerja untuk PAS menang di PRK Sungai Limau cukup mudah. 'Haramkan' ceramah dan jayakan K10 dengan strategi utama 'sembang gula, kopi dan setin biskut'.

Sumber imej: freemalaysiatoday.com
Harakahdaily memuatkan tulisan Zulkifli Yahya yang bertajuk "Teori mudah pertahan kerusi PAS di Sungai Limau", satu tulisan yang aku yakin cukup tepat dengan realiti PRK Sungai Limau yang patut semua orang baca.

Antara lain dia tulis sebab utama Kedah berjaya Umno BN rampas sebab sokongan orang melayu kepada pakatan rakyat menurun sehingga 9% yang antara lain disebabkan kesan pemberian BR1M 2.0, isu perpecahan kepimpinan PAS Kedah, isu kemelut KUIN dan isu penebangan balak secara rakus.
Untuk PRK Sungai Limau::
Secara teorinya untuk mengekalkan kerusi Sungai Limau, kerja PAS cuma mengekalkan sokongan ahli-ahli dan penyokong PAS! Itu saja. Kejayaan menarik golongan atas pagar dan Umno cuma bonus. Teorinya mudah, tapi realitinya tak semudah itu. - Ibid.
Kalau itu senarionya, senarai kerja untuk jentera PAS PRK Sungai Limau cukup mudah.

Yang pertama sekali, senarai culaan ahli dan penyokong PAS kena lengkap. Dengan sejarah sebagai kubu kuat PAS aku yakin kerja paling asas untuk hadapi pilihanraya ni depa dah beres.

Yang kedua, aku harap untuk PRK Sungai Limau ni jentera PAS tak payah sibuk nak buat ceramah. Bukan takat ceramah mega, ceramah kelompok pun tak payah buat. Kalau 'diharamkan' ceramah untuk PRK Sungai Limau ni lagi bagus.

Kalau nak buat jugak pun boleh la takat ceramah mega dua tiga kali, yang tujuan utama adalah untuk kutip dana dari 'pelancong pilihanraya' sambil ujudkan suasana 'raya' dan tak lebih dari tu.

Pasainya, banyak tenaga dan masa jentera yang terpaksa dihabiskan untuk menyusun dan mengelola ceramah-ceramah dan termasuk jugak untuk jadi 'pendengar' ceramah-ceramah tu padahal kesannya aku yakin sangat-sangat sedikit dan yang lebih tak berbaloinya kesan tu hampir langsung tak boleh diukur.

Yang ketiga, untuk tujuan kempen, sepatutnya digembeling seluruh tenaga yang ada untuk menjayakan kempen K10. Dengan senarai cula yang dah ada tu kerja nak kepong ahli dan penyokong PAS melalui kaedah K10 adalah paling efektif.

Tambah-tambah bila Sungai Limau dibanjiri dengan petugas-petugas hebat dari Perhubungan Negeri dan kawasan-kawasan dari seluruh negara dan dikuatkan pulak lagi dengan wakil rakyat PAS yang ada 107orang, apa masalah sangat kalau takat nak kepung ahli dan penyokong PAS.

Cuba bayangkan contohnya Mat Sabu atau Ust Tuan Ibrahim atau Hj Husam bersama isteri masing-masing dua tiga orang pengikut, singgah rumah orang atas pagar bawak kopi, gula dan setin biskut, mintak tuan rumah jerang ayaq panas bancuh kopi O.

Minum kopi kat rumah tu sambil makan biskut dan bersembang santai jawab semua kemushkilan yang penghuni rumah tu timbulkan. Aku yakin 99% pengundi di rumah tu akan undi calon PAS.

Kalau satu malam sebuah rumah pun, 10 hari kempen dah ada 10 buah rumah. Ada 107 wakil rakyat maknanya dah dapat 1070 buah rumah. Kalau sebuah rumah ada purata 3 orang pengundi pun, kita dah boleh kepung 3,210 pahli dan penyokong PAS.

Aku yakin selain dari 107 orang wakil rakyat, ada belambak lagi yang boleh jadi 'ketua rombongan' bawa gula kopi dan setin biskut pi bersembang di setiap rumah ahli dan penyokong PAS.

Kalau betul-betul dikoordinasi, takat nak ujudkan dalam 500 ketua rombongan pun sebenarnya takdak masalah langsung pasainya PAS cukup ramai tokoh ulama', profesional dan jugak aktivis. 500 ketua rombongan maknanya boleh dapat 5000buah rumah dengan tak kurang 15ribu ahli dan penyokong PAS yang berjaya kita kepung.

Kalau boleh buat sampai macam tu, memang kompom calon PAS akan menang malah aku yakin bukan takat menang tapi tak mustahil akan menang dengan majoriti yang jauh lebih besar.

Masalah utama dengan PRK ni bukan saja kebanyakkan ahli dan penyokong yang bakal menyesakkan Sungai Limau nanti sekadar jadi 'pelancong pilihanraya' sambil tolong perabih makanan yang ada kat markaz-markaz, malah ramai pimpinan yang pi sana pun tak lebih sekadar 'merayakan PRK'.

Ramai pimpinan aku yang yakin pi Sungai Limau sekadar untuk 'tunjuk muka' dan kalau diberi peluang akan berceramah lepas geram kutuk Umno sambil sikit-sikit kupas isu-isu semasa yang mungkin orang Sungai Limau tak perlu dengar pun.

Lebih teruk lagi, dan aku yakin akan ada pimpinan yang turun ke Sungai Limau dengan niat untuk berkempen untuk pemilihan PAS hujung tahun ni. Malah tak mustahil akan jadi pentas memburuk-burukkan sesetengah pimpinan lain yang tak 'sekapal' dengan depa.

Kesimpulannya, teori senarai kerja untuk PAS menang di PRK Sungai Limau cukup mudah, 'haramkan' ceramah dan semua jentera digembeling untuk menjayakan K10 dengan strategi utama 'sembang gula, kopi dan setin biskut'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...