Ulasan BANGANG pasai syiah Iran oleh Ust Nik Zawawi, S/u Majlis Syura? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 02, 2013

Ulasan BANGANG pasai syiah Iran oleh Ust Nik Zawawi, S/u Majlis Syura?

Takkan kut Ust Nik Zawawi nak bagitau yang Dewan Pemuda PAS Malaysia patut bubarkan Unit Amal pasai semata-mata takmau PAS dikaitkan dengan syiah kut. Takkan bangang politik namanya tu.

AntaraPos pada 28 September melaporkan:
Ambil contoh kepimpinan teladan Nabi Muhammad S.A.W dan bukan kepimpinan negara-negara tertentu jika tidak mahu terus dilabel sebagai pengamal syiah, kata Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu berkata nasihat ini bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang terpalit dengan imej Syiah, sebaliknya turut ditujukan kepada semua ahli PAS agar lebih berhati-hati apabila menjadikan seseorang atau negara lain sebagai idola mereka. - AntaraPos.
Kenyataan Ustaz Nik Zawawi tu berkaitan kenyataan Hj Mat Sabu sebelum ni macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider sehari sebelum tu:
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan bermazhab Syiah, akan tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS. - TMI.
AntaraPos juga melaporkan:
"Sebab itu kita perlu balik kepada landasan asal iaitu kalau kita hendak mencontohi apa-apa pun, kita hendak ambil apa-apa kebaikan, kita ambil daripada Nabi Muhammad S.A.W.."

"Kalau kita hendak ambil contoh kebaikan, kita ambil daripada Rasulullah SAW... kita ambil daripada Al-Quran, sudah tentulah Al-Quran ini menggambarkan sunnah Waljamaah," katanya ketika dihubungi Antarapos. - Ibid.
Memang tak salah apa yang Ust Nik Zawawi kata tu dan aku yakin semua orang yang mengucap dua kalimah syahadah bersetuju dengan kenyataan Ust Nik Zawawi tu.

Cumanya kenyataan macam tu memang sah BANGANG POLITIK pasainya komen tu keluar berkaitan apa yang Mat Sabu kata sebelum tu.

Takkan kut Ust Nik Zawawi nak bagitau yang Dewan Pemuda PAS Malaysia patut bubarkan Unit Amal pasai semata-mata takmau PAS dikaitkan dengan syiah kut. Tak ka bangang politik namanya tu.

Dan yang lagi bangangnya, takkan Uat Nik Zawawi nak suruh PAS buang konsep kepimpinan Ulama yang membuahkan Majlis Syura' PAS yang dia sendiri sebagai setiausahanya.

Kalau tak suka sangat kat Mat Sabu pun agak-agak la sama nak keluar kenyataan pun, biar la kena dengan situasi dan jugak isu, jangan la bagi malu Majlis Syura PAS.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...