Keputusan penuh jumlah undi popular pemilihan Umno 2013 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 20, 2013

Keputusan penuh jumlah undi popular pemilihan Umno 2013

Walaupun aku menjangkakan yang Mukhriz mungkin berjaya menang pemilihan jawatan Naib Presiden Umno 2013 tapi aku harap sangat dia kalah, senang sikit kut kerja PAS Kedah untuk PRU14 nanti

Imej: AntaraPos
mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Tiada kejutan sekali lagi apabila penyandang naib presiden berjaya mengekalkan kedudukan mereka dalam Pemilihan Umno 2013, Sabtu.

Keputusan ini mengekori 'trend' keputusan sayap Wanita dan Pemuda minggu lepas apabila perwakilan mengundi untuk status quo. - mSttar.
Walaupun aku menjangkakan yang Mukhriz mungkin berjaya menang pemilihan jawatan Naib Presiden Umno tapi aku harap sangat dia kalah, senang sikit kut kerja PAS Kedah untuk PRU14 nanti dengan harapan Mukhris akan gagal lagi dalam pemilihan akan datang.

Saingan antara Hishamuddin dengan Mukhriz memang cukup rapat, setakat pukul 1:20pagi mStar melaporkan Hishammuddin memperolehi 99 undi bahagian manakala Mukhriz 92 undi.

Tak lama selepas tu mStar melaporkan:
Menerusi sidang media kira-kira pukul 1.40 pagi Ahad, Hishammuddin diumumkan menang tipis apabila memperoleh 100 berbanding Mukhriz yang mendapat 91 undi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diumum mendapat undi tertinggi iaitu 185 sementara Datuk Seri Shafie Apdal memperoleh 174 undi.

Sementara itu dua lagi calon Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri
Mohd Ali Rustam masing-masing memperoleh tujuh undi. - mStar. Utusan pula melaporkan:
Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi. - Utusan.
Updated

Bernama melaporkan:
Berikut keputusan rasmi jumlah undi yang diterima enam calon Naib Presiden Umno yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Menara Dato' Onn, PWTC di sini, Ahad.
  1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi : 188 undi (94,562 undi perwakilan)
  2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal : 177 undi (82,252 undi perwakilan)
  3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: 101 undi (56,604 undi perwakilan)
  4. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir : 93 undi (57,189 undi perwakilan)
  5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam : 7 undi (15,294 undi perwakilan)
  6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad : 7 undi (12,783 undi perwakilan) - mStar.
Berikut adalah senarai Ahli MT Umno yang baharu:
  1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 186 undi (89,560 undi perwakilan)
  2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 186 undi (89,222 undi perwakilan)
  3. Datuk Seri Idris Haron : 185 undi (83,378 undi perwakilan)
  4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 184 undi (89,519 undi perwakilan)
  5. Datuk Seri Idris Jusoh : 184 undi (86,204 undi perwakilan)
  6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 181 undi (85,820 undi perwakilan)
  7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 181 undi (79,798 undi perwakilan)
  8. Datuk Abdul Rahman Dahlan : 181 undi (76,031 undi perwakilan)
  9. Datuk Hasan Malek : 168 undi (68,601 undi perwakilan)
  10. Datuk Seri Shahidan Kassim : 166 undi (76,992 undi perwakilan)
  11. Datuk Seri Mohamad Hasan : 165 undi (73,631 undi perwakilan)
  12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis : 161 undi (72,326 undi perwakilan)
  13. Datuk Razali Ibrahim : 157 undi (73,060 undi perwakilan)
  14. Datuk Seri Mahdzir Khalid : 155 undi (68,964 undi perwakilan)
  15. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin : 146 undi (69,802 undi perwakilan)
  16. Tan Sri Annuar Musa : 143 undi (69,529 undi perwakilan)
  17. Dr Mohd Puad Zarkashi : 127 undi (57,124 undi perwakilan)
  18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman : 127 undi (56,434 undi perwakilan)
  19. Datuk Seri Azalina Othman Said : 119 undi (55,501 undi perwakilan)
  20. Datuk Dr Abd Latiff Ahmad : 115 undi (52,225 undi perwakilan)
  21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah : 111 undi (51,366 undi perwakilan)
  22. Datuk Bung Moktar Radin : 104 undi (52,423 undi perwakilan)
  23. Datuk Ab Aziz Kaprawi : 101 undi (48,463 undi perwakilan)
  24. Datuk Reezal Merican Naina Merican : 97 undi (48,353 undi perwakilan)
  25. Datuk Sohaimi Shahadan : 90 undi (47,479 undi perwakilan) - mStar.
Kat bawah ni pulak senarai jumlah undi popular calon Majlis Tertinggi setakat jam 4:41 pagi.
Sumber imej: Blog penchachai PendekarMelayu
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...