Husam dedahkan permohonan balak budak 22 tahun? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 19, 2013

Husam dedahkan permohonan balak budak 22 tahun?

Aku yakin Husam dedahkan permohonan balak 3500 ekar di Ulu Sat Machang Kelantan tu sebagai amaran kepada kerajaan Kelantan dan dia nak bagitau yang kalau terpaksa dia sanggup dedahkan lebih banyak lagi rahsia kerajaan demi kebaikan rakyat Kelantan.

Macam yang aku ada tulis sebelum ni dalam posting bertajuk "Husam belasah Kerajaan Negeri Kelantan dalam sidang Dun (video)" aku yakin ramai yang macam aku terkejut Husam buat pendedahan tu secara terbuka dalam Sidang Dun Kelantan.

"Tapi mungkin jugak Hj Husam belasah Kerajaan Kelantan dalam sidang Dun sebab dia cuba guna saluran lain tapi langsung tak berkesan ataupun mungkin jugak semua saluran lain untuk dia dah disekat. - Ibid. "  
Aku memang rasa ada something fishie kalau tak takkan Husam sebagai anak didik TG Nik Aziz tsanggup jadi pengkhianat macam ada yang tuduh dia.

Tambah-tambah bila dengar ceramah dia macam video youtube kat bawah ni, tentu ada benda yang dia tau yang cukup besar sampai tahap dia terpaksa buat macam tu.


Cumanya, aku memang malas nak siasat, malas nak pi check sapa punya syarikat yang mintak konsesi balak tu, ada kaitan atau kroni sapa. Nak pi pejabat SSM pun aku malas, kecuali la kalau ada pejabat SSM kat Parit Buntar.

Jadinya aku nak ucap terima kasih kat MatSamanKati pasai tolong panjat pejabat SSM siasat pasai tuan punya syarikat yang mohon tanah 3,500 ekar tu.

Aku cuma nak copy paste sikit saja apa yang dia tulis, nak baca penuh boleh baca kat facebook dia:
Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd?

Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!! Gila ka?

Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam anak Nazri Aziz juga!!

Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB.

Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah la Tuan. Tak logik langsung!!" Apa nak buat?

Kabel pun cuba mengubahsuai syarikat supaya nampak ada kredibiliti sikit. Dan seorang lagi dibawa masuk sebagai rakan kongsi pada 1 Ogos 2013. - Facebook MatSamanKati
Panjang lagi dia tulis dan hangpa boleh baca kat notes facebook dia.

Kesimpulannya, memang patut kut Husam dedahkan benda macam ni secara terbuka pasainya mungkin dia nampak kerajaan Kelantan ke arah nak jadi macam kerajaan Umno.

Aku yakin Husam dedahkan permohonan balak 3500 ekar di Ulu Sat Machang Kelantan tu sebagai amaran kepada kerajaan Kelantan dan dia nak bagitau yang kalau terpaksa dia sanggup dedahkan lebih banyak lagi rahsia kerajaan demi kebaikan rakyat Kelantan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...