Lagi satu kesan Idris 'Natang' Jusuh tunjuk aksi kukubesi larang kritik macam ni, jangan harap la nak tercapai salah satu matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang kata nak tarik pelajar-pelajar yang pandai untuk pilih jadi cikgu.
mStar melaporkan:
Kementerian Pendidikan meminta pengarah pendidikan negeri memantau tindakan segelintir guru mengkritik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terbuka.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebarang kritikan seharusnya disampaikan menerusi saluran yang betul bagi memastikan kelemahan dapat diperbaiki. - mStar.
Kesian sungguh aku kat para cikgu, tambah-tambah bila ada kat bawah menteri pendidikan kedua yang baru ni, terpaksa jadi macam lenbu dicucuk hidung.
Kalau betul PPPM hebat sangat macam yang dicanang dalam media yang dikongkong kerajaan Idris 'Natang' Jusuh tak sepatutnya takut dengan kritikan terbuka dari para cikgu.
Malah sepatutnya Kementerian Pendidikan patut mengalu-alukan kritikan dari para guru pasai depa yang paling layak untuk mengkritik kalau depa tengok ada yang tak nerapa nak kena pasai akhirnya depa ni jugak la yang nak melaksanakan dan memastikan PPPM tu berjaya.
Dalam keadaan hari-hari waktu di sekolah depa mengharapkan anak murid yang depa ajar bersikap terbuka dan kritis, tanya soalan secara terbuka dalam kelas kalau ada apa yang tak faham tapi diluar masa mengajar depa pulak dipaksa untuk berfikiran tertutup dengan mulut terkunci.
Konon nak tunjuk kerajaan masih terbuka dengan sediakan saluran email kalau ada cikgu yang nak mengkritik tapi aku taktau la kalau ada cikgu yang bangang yang percaya menteri Umno ni terbuka.
Lagi satu kesan Idris 'Natang' Jusuh tunjuk aksi kukubesi macam ni, jangan harap la nak tercapai salah satu matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang kata nak tarik pelajar-pelajar yang pandai untuk pilih jadi cikgu.
Takkan kut ada pelajar yang bijak pandai yang otak depa bergeliga dan kritis sanggup nak hulur hidung depa untuk dicucuk macam lembu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis