Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Taiping: BEBAS, ALLAHU AKHBAR!! (13 gambar) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 19, 2013

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Taiping: BEBAS, ALLAHU AKHBAR!! (13 gambar)

Akhirnya keputusan Mahkamah Tinggi Taiping membenarkan rayuan supaya hukuman penjara 2 tahun ditangguhkan
Abah Anas tersenyum

Kebebasan ke 13 orang tidak boleh dirampas! Bebas! - Nashita

Keputusan hakim ialah hukuman memohon 13 org utk ditangguhkan sehingga rayuan telah diterima. Kemenangan awal. Dengaan syarat dikekallkan 3k jamiman - Dr. Mujahid Rawa

Urus ikat jamin di Kuala Kangsar, kemudian akan dibebaskan di Penjara Tapah - Nashita
Alhamdulillah, akhirnya doa 13 orang yang dizalimi dan semua yang bersimpati makmulkan, Takbir!!!
Kat bawah ni antara catatan status dari facebook yang sempat aku kutip.
  • Pukul 10 lebih baru hakim masuk? Jangan sebab 'kena mengadap' dulu dah la...
  • Asmuni Awi memulakan penghujahan bagi pihak 13 OKZ dam memohon penangguhan hukuman.
  • Hanipa Maidin menyambung penghujahan dengan merujuk kes rogol kanak-kanak 5 tahun. Yang dihukum boleh diikat jamin dan bebas. Mengapa pula mereka ini tidak boleh ditangguh hukuman.
  • Hanya hukuman mandatori saja yang Mahkamah letakkan hukuman 2 tahun. Ini hanya kesalahan bawah sek 145 dan mereka yang terlibat tidak pernah melakukan kesalahan. Maka adakah wajar Mahkamah mengenakan hukuman 2 tahun.
  • Sek 27 (4) akta polis dan sek 145 akta jenayah. Keduanya mesti melibatkan perhimpunan aman dan mesti bersurai. Sedangkan mereka telah dibebaskan di bawah akta polis sek 27(4) tetapi di dapati bersalah bawah sek 145 penal code.
  • Peguam ketiga, Agustine pula mengemukakan penghujahan. Beliau bersama Aminuddin adalah peguam yang mengendalikan kes ini sejak 5 tahun lalu tanpa sebarang bayaran.
  • Hakim senyum-senyum saja mendengar hujahan peguam kami Augustine Anthony. Beliau menegaskan tetang keadaan kesihatan OKZ juga perjalanan kes sebelumnya. Ramai mereka yang sudah kehilangan kerja dan sudah 'terhukum'.
  • Peguam ke 4 Charan Singh pula sambung penghujahan.
  • DPP bangun dan bantah permohonan penangguhan hukuman dan merasakan hukuman mandatori wajar.
Gambar-gambar suasana di Mahkamah Tinggi Taiping.

OKZ bergari diiring berjalan ke Mahkamah Tinggi Taiping

Mahkamah kecoh bila polis enggan benarkan masuk ke mahkamah.

Abah Anas is here!!!!! - Nashita Md Noor 
Hj Nizar MB Perak yg digulingkan juga bersesak di pintu mahkamah
Masing2 memanjangkan tengkok utk mencari ahli keluarga yg hadir
Kaum muslimat yg hadir. kebanyakannya ahli keluarga 13 OKZ
Sebelum pintu pagar dibuka, brader2 ni dah berkampung di sini
Prosiding sedang berjalan, Abah Anas kelihatan tenang
Imam Hoslan 'pembaling kasut' pun hadir dalam mahkamah (WatsApp)
Gambar kandid di sebuah gerai berhampiran (???)
Pegawai yang mengiring pun turut gembira dengan keputusan hakim

Suasana kegembiraan di luar mahkamah (WatsApp)

Sumber gambar dan teks: Facebook Nashita, Jamaluddin, Faeez, Azizul, DustbinNaeem, Dr. Mujahid dan Fawi (WatsApp)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...