Tapi kalau la betul dakwaan mamat tu dan TG Hj Hadi pulak sebagai Presiden PAS memang tutup mata, pada aku bukan saja Dr. Hatta patut disingkirkan tapi TG Hj Hadi pun patut disingkirkan sama.
Menjelang pemilihan PAS yang dah tak lama dah, nampaknya kerja lobi melobi semakin dahsyat. Aku sebenarnya takdak masalah kalau ada yang nak melobi mana-mana pemimpin yang dia rasa layak, tapi nak melobi pun agak-agak la sama.
Kalau dah sampai tahap memfitnah pemimpin lain, itu bukan melobi tapi tu lebih sesuai dipanggik kerja HARAM JADAH.
Dalam facebook sekarang ni cukup hebat kerja HARAM JADAH ni, yang paling hebat sekali yang aku nampak buat kerja macam tu page El-Haraki.
Kalau hangpa rajin hangpa baca sendiri apa yang admin page tu tulis. Aku cuma nak salintampal sikit dari apa yang mamat tu tulis saja yang boleh menggambarkan tahap HARAM JADAH dia.
Dr Hatta pernah mengkhianati presidennya sendiri dan mempertahankan tindakan salah seorang daripada Ajk PAS Pusat yang secara terang-terangan menghina Presiden PAS iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH). Kebiadaban Ajk PAS Pusat tersebut telah dianggap oleh Dr Hatta sebagai satu muhasabah untuk Presiden PAS. Seolah-olah sudah ada kesepakatan untuk membuli Presiden dan tindakan yang tidak berakhlak. - Facebook.Tak ka haram jadah punya statement. Kalau betul memang ada tindakan yang dikatakan terang-terang 'menghina' Presiden PAS tu pasai apa takdak tindakan diambil ke atas Dr. Hatta.
Dr. Hatta tu jawatan dia adalah Pengarah Pilihanraya yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan mesyuarat AJK PAS Pusat sama macam jawatan Setiausaha dan Bendahari Agung.
Kalau betul memang ada tindakan Dr. Hatta yang secara terang-terang 'menghina' Presiden patutnya Presiden langsung takdak masalah untuk melucutkan jawatan Dr. Hatta dan lantik orang lain ganti tempat dia.
Tambah-tambah mamat tu jugak tulis:
Tambahan pula, Dr Hatta Ramli bersama beberapa orang kuatnya di Selangor juga pernah berusaha dan berjaya melepaskan kerusi-kerusi penting PAS di Selangor kepada Anwar semata-mata mendapat laba ekonomi dari Anwar yang merupakan perancang utama ekonomi Selangor. - Ibid.Kalau betul memang ada Dr. Hatta buat kerja sampai macam tu, memang tak sepatutnya Presiden PAS lepaskan Dr. Hatta macam tu saja. Dr. Hatta patut diambil tindakan tatatertip. Gila apa nak simpan pengkhianat macam tu. Paling kurang pun Dr. Hatta mesti dilucutkan dari jawatan dia sebagai Pengarah Pilihanraya.
Pasai tu aku berani kata admin page tu memang HARAM JADAH penabur fitnah. Kalau betul takkan la TG Hj Hadi nak tutup mata.
Tapi kalau la betul dakwaan mamat tu dan TG Hj Hadi pulak sebagai Presiden PAS memang tutup mata, pada aku bukan saja Dr. Hatta patut disingkirkan tapi TG Hj Hadi pun patut disingkirkan sama.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis