Demonstrasi solidariti di Parit Buntar bantah kekejaman tentera Mesir | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 15, 2013

Demonstrasi solidariti di Parit Buntar bantah kekejaman tentera Mesir

Tak kira sunni ka, syiah ka, liberal ka, wahabi ka, hatta kalau LGBT nak turut serta pun aku takdak masalah, kalau rasa apa yang jadi di Mesir tu satu kekejaman yang patut dikutuk inilah ruang yang kita ada selain dari solidariti kita di media sosial.

Harakahdaily melaporkan:
MESIR: Menurut sumber Ikhwan, lebih 2000 penyokong legitimasi yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.

Seorang peserta himpunan, Tahaluf Wathani berkata, berdasarkan kiraan jenazah yang dikumpulkan, terdapat 2600 jenazah sehingga kini di Medan Raba'ah Adawiyah.

Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut. - Harakahdaily.    
Aku takmau ulas panjang-panjang, cuma nak war-warkan yang esok akan ada satu himpunan di depan Masjid Daerah Pekan lama Parit Buntar selepas solat Jumaat untuk mengutuk kekejaman di Mesir.

Semua yang mampu melapangkan masa harap-harap boleh hadir sama tunjukkan kebencian dan bantahan kita kepada kekejaman yang sedang berlaku di Mesir.


Harap-harap orang Parit Buntar boleh turun ramai-ramai dan mintak tolong sebarkan online dan jugak offline kalau boleh biar semua orang Parit Buntar tau.

Tak kira sunni ka, syiah ka, liberal ka, wahabi ka, hatta kalau LGBT nak turut serta pun aku takdak masalah, kalau rasa apa yang jadi di Mesir tu satu kekejaman yang patut dikutuk inilah ruang yang kita ada selain dari solidariti kita di media sosial.

Taktau la kalau ada yang tak rasa apa-apa tengok gambar-gambar dan video-video macam kat bawah ni...

Ada member yang tanya nak pakai baju warna apa. Ikut suka hangpa la nak pakai baju warna apa pun malah kalau yang pakai baju ada lambang METALLICA nak joint sama pun aku takdak masalah.






Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...