Penggulingan Morsi : Apa yang tentera dan polis Malaysia boleh belajar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 04, 2013

Penggulingan Morsi : Apa yang tentera dan polis Malaysia boleh belajar

Dipihak tentera dan polis pulak,  aku tak pasti tapi aku yakin sebahagian besarnya terutama pegawai-pegawai atasan setuju dengan tindakan tentera dan polis Mesir tu. Tak mustahil kalau keadaan yang sama terjadi di Malaysia tentera akan rampas kuasa jugak.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Peristiwa penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi disifatkan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Beliau berkata detik hitam itu tercetus daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh kumpulan tertentu yang hanya mahu semata-mata untuk mengubah kepimpinan negara.

Katanya perubahan itulah telah menyebabkan ketegangan berlarutan sehingga ekonomi merundum dan rakyat terbunuh.

"Saya bersyukur kerana kerana atas kebijaksaan dan kepimpinan kita, serta kewarasan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama di negara ini, kita tidak berdepan masalah seperti di Mesir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. - TMI
Tak payah dok heran dengan kenyataan Naib Presiden Umno merangkap Menteri Pertahanan ni. Jenis puak semazhab puak Hosni Mubarak yang takut jahut memang seronok sangat dengan perkembangan terkini di Mesir ni, senang depa nak spin cerita supaya rakyat Malaysia takut nak buat perubahan, supaya Umno BN berkuasa sampai kiamat.

Di pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS, tentu rasa marah, tak puas hati dan susah hati dengan perkembangan di Mesir tu. Penggulingan kuasa Dr. Morsi yang dilantik walaupun secara demokrasi oleh rakyat Mesir tentu punya tak boleh diterima.

Harakahdaily melaporkan:
PAS menyeru umat Islam di Malaysia untuk melakukan solat hajat dan munajat selepas sembahyang Jumaat esok memohon bantuan Allah kepada mereka yang dizalimi di Mesir.

Dalam pada itu, PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir merampas kuasa Presiden Dr Mohamed Morsi, yang dipilih rakyat melalui jalan demokrasi yang sah iaitu pilihanraya yang adil dan bersih.

“Kemenangan Mohamed Morsi telah dirampas melalui cara yang paling tidak demokratik dan penuh kezaliman,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

PAS juga, tegasnya mengutuk tindakan media massa di Malaysia yang melabel Morsi sebagai regim diktator. - Hrkh.
Dipihak tentera dan polis pulak,  aku tak berapa pasti tapi aku yakin sebahagian besarnya terutama pegawai-pegawai atasan setuju dengan tindakan tentera dan polis Mesir tu. Tak mustahil kalau keadaan yang sama terjadi di Malaysia tentera akan rampas kuasa jugak.

Kalau macam tu keadaannya, tentera dan polis Malaysia boleh tiru apa yang tentera dan polis Mesir buat untuk pastikan rampasan kuasa tu berjaya.

Harakahdaily melaporkan:
Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:
1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) - intaasyraf.com
Tapi bila fikir balik, aku rasa tentera dan polis Malaysia tak payah belajar dari rakan-rakan depa di Mesir tu, pasainya aku yakin terutama sekali PDRM, lagi hebat dalam bab-bab macam ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...