Akhirnya Ibrahim Ali bersuara jugak, membelasah Najjib Rosmah pulak tu... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 03, 2013

Akhirnya Ibrahim Ali bersuara jugak, membelasah Najjib Rosmah pulak tu...

Aku rasa dia tak puas hati pasai orang yang tara Azeez 'eee' Rahim pun Najib boleh lantik jadi pengerusi Tabung Haji tapi dia langsung takk dapat apa-apa jawatan kut.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.

"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa. - TMI
Ingatkan Raja Katak ni dah bersara dari politik, langsung tak dengar suara dia lepas kalah di Pasir Mas dalam PRU13 lalu walaupun dibagi laluan oleh calon BN untuk satu lawan satu dengan calon PAS, Ust Nik Abduh dengan majoriti 8,047 undi.

Juga dilaporkan:
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.

"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.

"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya. 3 Julai, 2013. - Ibid.
Aku rasa Ibrahim Ali ni mengamuk sebab lain ni, bukan sangat pasai tak puas hati Najib lebih layan Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya.

Aku rasa dia tak puas hati pasai orang yang tara Azeez 'eee' Rahim pun Najib boleh lantik jadi pengerusi Tabung Haji tapi dia langsung takk dapat apa-apa jawatan kut.

Dah la tak dipilih jadi ahli parlimen, kalau dilantik jadi pengerusi mana-mana GLC ada la jugak dia income dan peluang nak rasuah atau salahguna kuasa, himpun balik duit, ingat sikit ka dia melabur masa jadi calon tu.

Raja Katak ni silap, kalau dia teringin nak jadi pengerusi GLC, dia kena rapat dengan Rosmah, kena kipas Rosmah lebih, kena jadi kesayangan Rosmah. Tak payah ada kelulusan atau kepakaran apa pun takpa, tentu punya ada habuan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...