Hujah menteri PhD kangkong jawab merapu tak tau punca... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 13, 2013

Hujah menteri PhD kangkong jawab merapu tak tau punca...

Tapi apa nak kata, majoriti rakyat Malaysia masih bangang, mungkin setaraf bangangnya macam menteri bangang ni, pasai tu Umno BN masih lagi berkuasa walaupun ada menteri bangang merapu tak ketahuan punca.

Malaysiakini melaporkan:  
Nama syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum yang lalu tidak akan didedahkan kerana khuatir akan dibeli oleh orang ramai kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau yang berucap semasa ucapan penggulungan titah Diraja di Dewan Rakyat malam tadi berkata, nama syarikat tersebut juga tidak akan didedahkan kerana bimbang akan berlakunya "kekecohan" semasa hari pengundian. - Mkini.   
Juga dilaporkan:
Kita kena ingat bahawa dakwat ini bukan segalanya tapi yang penting ialah kad pengenalan. Saya nak sebut di sini, kalau sekiranya kita beritahu siapa syarikat pembekal dakwat ini, kalau semua tahu, semua beli dakwat.

"Celup dalam jari dan berbaris (untuk mengundi) dah ada cat dan terus mengundi. Jadi kad pengenalan tak tunjuk.

"Lepas itu akan kecoh bila semua orang tunjuk jari yang ada cat. Kalau cerita syarikat (pembekal) nanti semua beli dakwat," katanya. - Ibid.
Saja aku salintampal panjang laporan Malaysiakini ni pasai nak bagitau menteri ni merapu tah apa benda taktau hujung pangkal.

Apa dia nak bagitau sebenarnya aku pun tak faham. Kalau nak pasai tak boleh dedah sapa pembekal dakwat kekal tiba-tiba melalut pasai mengundi tak payah tunjuk kad pengenalan.

Inilah padahnya kalau lantik menteri pasai nak jaga hati takut sabotaj parti. Aku taktau la macamana menteri ni boleh lama jadi menteri besar Perlis. Kalau macam ni punya merapu punya tahap pemikiran tentu pening pegawai kerajaan nak buat kerja.

Tapi apa nak kata, majoriti rakyat Malaysia masih bangang, mungkin setaraf bangangnya macam menteri bangang ni, pasai tu Umno BN masih lagi berkuasa walaupun ada menteri bangang merapu tak ketahuan punca.

Lagi satu yang aku mushkilnya, betul ka Shahidan Kassim ni ada PhD? Kalau betul ada pasai apa dia pun nampak macam tak berapa nak mau guna gelaran Dr. tu?

Kalau betul PhD dia tu memang sah, memang patut kut UUM tu digelar universiti kangkong tapi kesian pulak kat kawan-kawan yang graduit dari UUM tu...

Sumber: Alumni UUM
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...