Cuma masalahnya berapa orang sangat yang sanggup berkampung macam tu pasai kebanyakkannya anggap perjuangan untuk ketelusan dan keadilan cuma kerja part-time.
Malaysiakini melaporkan:
Gabungan reformasi pilihan raya, BERSIH, mengancam untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan persempadanan semula tanpa pembersihan daftar pemilih terlebih dahulu.
"... apa yang saya boleh beritahu ialah kami akan melakukan yang terbaik supaya (persempadanan semula) tidak berlaku sebelum daftar pemilih dibersihkan.
"Ia adalah serius, iaitu mesej yang ingin saya sampaikan," kata Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga kepada wartawan selepas forum pembaharuan pilihan raya di ibupejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini. - Mkini.
Aku harap tuntutan Bersih 4.0 bukan setakat bersihkan Daftar Pemilih tapi kena bersihkan SPR tu sendiri dengan anggota SPR mesti diganti dengan tokoh yang ada integriti dan mendapat kepercayaan awam.
Apa pun, ini berita baik kepada semua peminat demokrasi yang adil tapi tentunya sangat-sangat baik untuk penagih semburan air kimau dan gas pemedih mata.
Kalau dalam Himpunan Kenangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka dulu langsung takdak meluang merasa aku yakin kali ni kemungkinan besar ada peluang.
Tapi kalau sambutan cuma setakat macam himpunan #blackout505 di Padang Merbuk hari tu, mungkin tetap takdak peluang jugak.
Kalau boleh buat macam di Mesir sekarang ni tentu punya akan ada peluang. Bukan la maksud aku perlu berhimpun sampai 2 3 juta orang, dapat dalam 100ribu pun dah cukup besat tapi kalau boleh bertahan lebih dari sehari, tentu punya Zahid Hamidi panas punggung, tentu punya Khalid Abu Bakar menggertip bibir tahan geram.
Tentu punya trak dengan water canon akan muncul menyemburkan air kimia yang menggatalkan badan dan pasukan penembak cannister gas pemedih mata akan tembak tank gas tu ke tengah khalayak ramai.
Ataupun tak mustahil jugak semua tu tak terjadi tapi Agong mengistiharkan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan seluruh ahli SPR dipecat.
Aku penuh yakin, kalau semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang cintakan keadilan sanggup bersatu hati berkampung pada Himpunan Bersih 4.0 tu akhirnya kerajaan terpaksa jugak akur dengan permintaan Bersih.
Cuma masalahnya berapa orang sangat yang sanggup berkampung macam tu pasai kebanyakkannya anggap perjuangan untuk ketelusan dan keadilan cuma kerja part-time dengan maksud dah takdak apa nak dibuat boleh la kut kita turum bagi ramai.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis