Tak cerdiknya Dr. P Manogran tu, kenyataan dia tu juga mengiyakan yang sememangnya SPR tak bebas yang secara tak langsung diakui oleh dia sendiri sebagai salah seorang ahli SPR.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan garis panduan berhubung kerajaan sementara selepas pembubaran parlimen pada April lalu adalah kerana tidak mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan, kata anggota badan penggendali pilihan raya itu Datuk Dr. P. Manogran (gambar).
Menurut Manogran lagi, kementerian berkaitan juga tidak membenarkan SPR melakukan sedemikian.
“Kementerian yang berkaitan tidak membenarkan SPR untuk menyediakan satu garis panduan kepada kerajaan sementara menyebabkan kuasa SPR untuk melaksanakan peraturan berkenaan tidak berjaya,” kata beliau semasa berucap di sebuah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini. - TMI.
Mula-mula sekali tahniah kepada Dr. P Manogran sebab buka rahsia sebenar pasai garis panduan kerajaan sementara tu, satu rahsia yang sebenarnya tak rahsia pasai aku yakin semua orang yang biasa terlibat dengan politik Malaysia tentu yakin macam tu jugak.
Takkannya berani Umno BN nak benarkan garis panduan tu dibuat pasainya garis panduan tu tentu punya akan menyusahkan dan merugikan Umno BN.
Tak cerdiknya Dr. P Manogran tu, kenyataan dia tu juga mengiyakan yang sememangnya SPR tak bebas yang secara tak langsung diakui oleh dia sendiri sebagai salah seorang ahli SPR.
Cuma yang aku mushkilnya yang heboh sebelum PRU13 dulu, Nazri Aziz yang minta Pejabat Peguan Negara buat garis panduan tu.
Sinarharian ada melaporkan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.Selain tu Sinarharian juga ada melaporkan:
"Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG's Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya. - Sinarharian.
SPRM akan mengusulkan kepada kerajaan supaya ada garis panduan dalam pengurusan ‘caretaker government’ atau kerajaan sementara apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull.Najib sebagai Perdana Menteri macam biasa buat pekak badak langsung tak komen pasai garis panduan kerajaan sementara tu dan PRU13 berlangsung macam biasa, jentera dan dana kerajaan digunakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan sementara yang diketuai oleh Najib sendiri dan menteri kabinet sediada.
Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan penyalahgunaan aset kerajaan, termasuk penggunaan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan rasmi dan juga pilihan raya. - Sinarharian.
Yang ada keluarkan garis panduan kerajaan sementara pun cuma Bersih tapi macam biasa takkannya Umno BN nak peduli.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis