Ingatkan Umno BN dah terlupa dengan program standard depa sempena PRK.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 22, 2013

Ingatkan Umno BN dah terlupa dengan program standard depa sempena PRK..

Atau pun mungkin Umno BN dah sedar kut yang program menipu kata ada orang PAS masuk Umno ni tak menguntungkan Umno BN, pasainya  kalau menipu atau berlakon memang kompom orang tempatan lebih maklum yang tentunya merugikan Umno BN.

Utusan melaporkan:
BESUT 21 Julai - Kira-kira 200 penyokong Pas dari sekitar Kuala Besut dekat sini mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka merupakan pemimpin serta anggota Jemaah Al-Ehsan Islamiah Malaysia gabungan Kuala Besut-Kelantan yang diketuai Zakaria Salleh, 58.

Kesemua mereka berjanji untuk memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Ab. Rahman, sekali gus memastikan BN mengekalkan kuasa bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rabu ini. - Utusan.    
Aku yakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang pelik dengan PRK Kuala Besut ni yang takdak majlis ahli dan penyokong PAS masuk Umno. Memang tak pernah terjadi dalam sejarah kut PRK takdak program macam tu.

Betul atau tak betul memang ada ahli dan penyokong PAS berpaling sokong Umno tu cerita lain dan memang Umno BN pun tak boleh nafikan yang sebelum ni memang ada yang cuma berlakon kononnya sebagai ahli PAS sebelum istihar masuk Umno.

Akhirnya semalam, tradisi tu berulang di PRK Kuala Besut, walaupun agak lambat tapi kira ok la, masih ada penyokong PAS yang sanggup berpaling arah.

Cuma yang aku mushkilnya pasai apa kali ni Utusan gunakan tajuk "200 penyokong Pas Kuala Besut isytihar sokong Barisan Nasional" tak macam selalu, selalunya ahli dan penyokong PAS masuk Umno. Takkan kut takdak Ahli PAS Besut yang berjaya Umno 'beli' untuk masuk Umno.

Malah Utusan juga melaporkan:
Zakaria yang secara rasmi pernah sekejap menyertai Pas pada Mei lalu berkata, beliau menolak Anwar kerana pemimpin PKR itu seorang pendendam dan gila kuasa. - Ibid.
Tak pasti pulak aku apa makna "secara rasmi pernah sekejap menyertai Pas", satru ayat yang mengundang seribu persoalan.

Kalau betul takdak ahli PAS Besut yang masuk Umno untuk PRK kali ni kira hebat la PAS Besut berbanding kawasan-kawasan lain yang ada PRK sebelum-sebelum ni.

Atau pun mungkin Umno BN dah sedar kut yang program menipu kata ada orang PAS masuk Umno ni tak menguntungkan Umno BN, pasainya kalau yang masuk tu 'orang hebat' tentu orang tempatan yang juga pengundi lebih kenal dan kalau menipu atau berlakon memang kompom lebih merugikan Umno BN dari segi persepsi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...