Dayusnya seorang wakil rakyat yang bangang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 15, 2013

Dayusnya seorang wakil rakyat yang bangang?

Nak bagi pemberian tu jadi 'halal' depa bagi jugak sikit kat rakyat biasa tapi tak la biasa macam majoriti rakyat biasa pasai 'rakyat biasa' yang dapat tanah ni tentu punya biasanya kroni depa jugak.

Malaysiakini melaporkan:
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hari ini secara berseloroh berkata, mana-mana ahli PKR yang tidak meminta sebarang projek merupakan seorang yang "dayus".

Beliau yang bangun semasa Azmin Ali (PKR-Gombak) membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat tadi juga memberitahu bahawa di dalam Umno kini tiada lagi "kegiatan" memberi kontrak kepada ketua Umno bahagian. - Mkini
Aku tak berapa setuju dengan perkataan dayus tu pasai tak berapa nak tepat. Lebih tepat lagi kalau diguna perkataan BANGANG.

Memang bangang sungguh la kalau berhabih mungkin sampai berjuta bagi rasuah kepada perwakilan dan jugak bagi peruntukkan untuk cawangan-cawangan di seluruh bahagian tapi bila dah menang Ketua Bahagian minta projek pun takmau.

Pasainya kalau Ketua Bahagian minta projek dan kena dengan 'caranya' takkan tak boleh dapat, tara Ketua Cawangan dan JKK pun boleh dapat.

Aku rasa Azmin tau sangat pasai benda ni pasai aku yakin dulu dia pun pernah terlibat buat kerja celaka macam ni, bagi projek kepada Ketua Bahagian.

Aku langsung tak percaya yang Umno dah berubah, dah tak bagi projek kepada ketua Bahagian. Kalau pun betul ramai yang dah tak dapat bukan pasai tak mau bagi tapi pasai tak cukup nak bagi. Mungkin takdan sampai ke peringkat Bahagian semua projek dah habih di paraig dikalangan menteri dan timbalan menteri dan jugak kroni-kroni depa.

Macam tu jugak macam kes Adun dapat tanah di Kuala Besut tu. Memang bangang la kalau ada Adun yang tak dapat pasainya memang itu cara yang Umno BN ujudkan selama ni untuk bagi harta kepada pemimpin dia.

Malaysiakini juga melaporkan:
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Nawi Mohamad mengakui mendapat sehektar tanah daripada kerajaan negeri Terengganu, seperti didedahkan PAS di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Kuala Besut hari ini.

nawi mohamad adun hulu besut 210509"Betul ada, tapi rakyat biasa juga dianugerah tanah oleh kerajaan negeri Terengganu," kata Nawi melalui SMS ketika ditanya Malaysiakini berhubung pendedahan ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini. - Mkini.

Nak bagi pemberian tu jadi 'halal' depa bagi jugak sikit kat rakyat biasa tapi tak la biasa macam majoriti rakyat biasa pasai 'rakyat biasa' yang dapat tanah ni tentu punya biasanya kroni depa jugak. Kalau ada penyokong PAS yang dapat tu boleh dikira kes terpencil yang mungkin sampai terpaksa berlakon jadi ahli dan penyokong Umno.

Tapi nak kata apa, dedahkan la apa pun takkan bagi kesan tara mananya pasainya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang layak mengundi yang bangang, yang tak peduli penyelewengan macam ni. Walaupun sekadar 47% yang bangang tapi cukup Untuk Umno BN kekal berkuasa di Parlimen dengan majoriti yang masih selesa walaupun tak dapat majoriti 2/3.

Apa pun aku harap majoriti pengundi Kuala Besut kali ni tak lagi bangang macam masa PRU13 dulu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...