Pada aku takdak apa salahnya kalau 'dibayar' untuk berblogging, pasainya blog ni memang ada nilainya yang tersendiri. Jadinya memang patut sangat kerja 'profesional' blogger tu dibayar. Lagi satu, apa masalahnya kalau blogger penchachai Umno BN dibayar untuk buat fitnah kalau yang bayar depa tu kaki rasuah.
TheMalaysiaInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang. - TMI.
Kesian pulak dengar keluhan pengerusi blogger penchachai UMB ni. Tapi nak buat macamana, sebagai jentera rasmi media baru Umno, duduk bawah Pemuda Umno pulak, memang cukup sesuai jadi 'punching bag'.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB.Tapi jangan ada yang salah faham pulak dengan keluhan pengerusi UMB ni. Dia mengeluh tu bukan maksud penchachai geng UMB langsung tak dibayar. Tobat lahom aku tak percaya kalau ada blogger penchachai Umno BN yang tak di bayar. Kalau pun mungkin ada, aku rasa ada 'something wrong' dengan blogger tu, kalau tak bangang pun mungkin bodoh.
"Tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...," tulis Tun Faisal dalam laman blognya - Ibid.
Tak bodoh apanya kalau yang lain semuanya dapat tiba-tiba ada yang mengaku konon 'ikhlas' berblogging sebab sayangkan Umno. Budak sekolah yang pasang bendera BN pun dapat upah takkan kerja 'profesional' macam blogger boleh 'iklas'.
Kalau rajin baca blog penchachai Umno BN sekarang ni memang seronok, depa 'berperang' sungguh sekarang ni dan hasilnya semakin banyak yang terdedah.
Contoh macam kat bawah ni, senarai penchachai blogger belaan Umno Selangor.
Double-Y |
Lagi satu, apa masalahnya kalau blogger penchachai Umno BN dibayar untuk buat fitnah kalau yang bayar depa tu kaki rasuah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis