Salahuddin patutnya sokong cadangan Najib ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 02, 2013

Salahuddin patutnya sokong cadangan Najib ni

Cantik jugak kut kalau Pakatan Rakyat buat syarat sebelum setuju sertai jawatankuasa khas tu, contohnya syaratkan kuasa untuk cadang nama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR pun terletak di bawah kuasa jawatankuasa tu.

Harakahdaily melaporkan:
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menyifatkan rancangan Perdana Menteri untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai pengakuan memang wujud penipuan pilihan raya.

"Meletakkan SPR di bawah jawatankuasa itu hanya lakonan semata-mata untuk menyelamatkan suruhanjaya itu," katanya. - Hrkh.    
Harakahdaily juga melaporkan:
Salahuddin yakin, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan itu semata-mata untuk melaksanakan "damage control" apabila melihat semakin ramai rakyat yang menyambut slogan "tipu pilihan raya, turun jalan raya".

Semakin ramai rakyat yang menyifatkan kerajaan minoriti dengan hanya 47.38 peratus undi pimpinan Najib sebagai kerajaan tipu pilihan raya, katanya.

"Bukan itu sahaja, perhimpunan ratusan ribu rakyat menolak pilihan raya yang dikotori oleh penipuan menakutkan para pemimpin Umno BN.

"Sebab itulah Najib umumkan rancangan yang belum tentu dilaksanakan dan belum tentu dipersetujui oleh 'warlord-warlord' Umno atau 'godfather' mereka, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata beliau.

Oleh kerana PAS menyifatkan pengumuman Najib itu hanyalah pengakuan bahawa memang berlaku penipuan dalam pilihan raya, Salahuddin menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penipuan-penipuan pilihan raya. - Ibid.
Itu petikan laporan dari Harakahdaily.

Persepsinya macam Salahuddin Ayub tak setuju SPR diletakkan di bawah Parlimen sedangkan aku pernah dengar sebelum ni PAS sendiri pernah desak SPR diletakkan dibawah parlimen.

Pada aku tak payah belasah sangat cadangan Najib tu, terima dulu. Pasainya jauh labih baik diletak SPR dibawah parlimen dari letak terus 'di bawah Umno' macam sekarang ni.

Paling kurang pun, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tu boleh bagi cadangan terus kepada SPR, atau lagi baik kalau jawatankuasa tu boleh semak dulu apa perancangan SPR.

Kalau ada apa-apa yang mengarut depa boleh tembak dulu. Dalam masa yang sama depa boleh 'bocorkan' kepada umum dulu supaya rakyat boleh jadi hakim sebelum apa-apa benda mengarut SPR nak laksanakan.

Dalam keadaan Umno BN takdak kuasa majoriti 2/3 di parlimen ni depa memang terpaksa dengar suara pembangkang.

Cumanya aku harap, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk SPR kali ni mesti lebih baik dari Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang disertai Azmin, Dr. Hatta dan Antony sebelum ni.

Maksud aku, wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa tu kena lebih kerap bersidang sesama sendiri dengan ramai lagi wakil dalam sidang pra tu sebelum dan selepas jawatankuasa sebenar bermesyuarat.

Cantik jugak kut kalau Pakatan Rakyat buat syarat sebelum setuju sertai jawatankuasa khas tu, contohnya syaratkan kuasa untuk cadang nama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR pun terletak di bawah kuasa jawatankuasa tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...