Kebijakan politik cara tak pandai politik Khalid Ibrahim pekena Azmin | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 01, 2013

Kebijakan politik cara tak pandai politik Khalid Ibrahim pekena Azmin

Walaupun Anwar sendiri kata Khalid Ibrahim tak pandai politik tapi mainan politik Khalid Ibrahim dalam isu perlantikan MB dan Exco nampak jelas dia berjaya pekena Azmin yang pegang jawatan Timbalan Presiden.

Malaysiakini melaporkan:
Faktor masa dan tumpuan yang perlu diberikan kepada parti menjadi sebab dua pemimpin utama PAS dan PKR Selangor tidak dilantik menjadi exco negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pemilihan (exco) adalah berdasarkan kapasiti dan masa.

"Seorang exco akan menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan program negeri," kata Khalid petang tadi.

Beliau menjawab soalan mengapa Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman dan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali tidak dilantik menjadi exco kerajaan negeri. - Mkini.
Nampak tak berapa nak kena statement Khalid ni, pasainya perkara macam ni ketua parti di peringkat negeri yang patutnya kata. Lagipun normal praktisnya di Malaysia ketua parti di peringkat negerilah yang akan menerajui kerajaan negeri demi memastikan perjalanan pertadbiran seiring dengan hasrat parti.

Aku nampak alasan Khalid ni tak lebih dari sekadar alasan, sekadar nak menjawab soalan wartawan. Langsiung tak kongkrit.

Bagi pihak PAS melalui Pesuruhjaya PAS Selangor, Harakahdaily melaporkan:
Sementara itu, mengulas berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai exco Selangor, beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan berasa lega kerana terlepas daripada amanah yang berat.

"Saya terima perkara ini dengan hati terbuka dan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat bersama Pakatan Rakyat di Selangor. - Hrkh.
Takdak pun dilaporkan Dr. Rani sebut pasai dia perlu banyak masa bagi tumpuan kepada parti.

Untuk pihak PKR pulak, awal-awal Azmin sebagai ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor kena 'cantas' bila Saifuddin Nasution dicadangkan jadi “Political Liaison” untuk Selangor. Tak kira itu cadangan siapa tapi yang jelasnya kewibawaan Azmin memang tercalar.

Selangorku melaporkan:
Satu jawatan baru akan ditubuhkan dalam Pejabat Menteri Besar bagi Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang akan menjadi ‘political liaison’ atau pegawai perhubungan politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan ke 9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Katanya, jawatan itu akan mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan “political liaison” yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat ini. - Selangorku.
Walaupun Anwar sendiri kata Khalid Ibrahim tak pandai politik tapi mainan politik Khalid Ibrahim dalam isu perlantikan MB dan Exco nampak jelas dia berjaya pekena Azmin yang pegang jawatan Timbalan Presiden.

AntaraPos sebelum ni ada melaporkan:
"Saya hendak rayu kawan-kawan di Bandar Tun Razak, saya mengaku dia tidak pandai politik tapi dia diamanahkan untuk menjaga wang amanah negeri Selangor.

"Jadi kita mahu dia berkhidmat," kata Anwar ketika mengumumkan bahawa Khalid akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak malam kelmarin. - AntaraPos.
posted from Bloggeroid

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...