Presiden PAS ajak semua terima penipuan PRU13 dengan penuh syukur dan sabar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 07, 2013

Presiden PAS ajak semua terima penipuan PRU13 dengan penuh syukur dan sabar?

Lagi mengarut kalau orang nampak Presiden PAS ajak semua orang terima keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan tu dengan rasa penuh syukur dan bersabar, satu persepsi yang sangat dayus.

Harakahdaily melaporkan:  
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya. - Hrkh.    
Memang tepat sebagai orang Islam kita kena terima segala ketentuan Ilahi dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. Bersyukur kalau kita dapat apa yang kita nak dan bersabar kalau kita tak dapat apa yang kita nak.

Cuma masalahnya, bukan semua keadaan kita kena bersabar dan bersabar pun kena ada had jugak. Kalau dah sah-sah kita kena tipu takkan kita kena terima dengan bersabar jugak.

Harakahdaily juga melaporkan:
"Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.

"Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang," katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan. - Ibid.
Memang betul apa yang TG Presiden kata tu tapi dalam keadaan realiti sekarang ni statement macam tu tak berapa nak kena, nampak macam kita nak bagi signal yang kita seolah-olah terima menerima penipuan tu.

Nampak macam kita dah takdak apa yang boleh kita buat dah, sekadar menyerahkan kepada takdir semata-mata.

Lagi mengarut kalau orang nampak Presiden PAS ajak semua orang terima keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan tu dengan rasa penuh syukur dan bersabar, satu persepsi yang sangat dayus.

Pada aku patutnya TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS kena bertegas tolak penipuan ni dan kena berkeras dengan SPR. Jugak kena mempamirkan iltizam untuk menentang penipuan ni selagi ada jalan.

Macam kata sorang kawan aku "PAS tak sepatutnya harap tuhan buat kerja untuk kita. Ingat tuhan tu balachi kita ka?"

Tambah-tambah pulak dalam keadaan kedua-dua kawan politik kita PKR dan DAP tak terima keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan ni.

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan berlakunya penipuan di dalam proses pengundian.

Anwar, yang diapit oleh para pemimpin utama PR turut menunjukkan kepada para pemberita beberapa bukti dan insiden yang didakwanya sebagai satu bentuk penipuan termasuklah yang dirakamkan menerusi kamera.

Beliau juga turut menegaskan yang PR akan mencabar beberapa keputusan yang melibatkan majoriti sekitar 1,000 hingga 2,000 undi. - mStar.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...