Si 'Sir' Papagomo tentu seronok dengar peraturan baru Najib ni.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 14, 2013

Si 'Sir' Papagomo tentu seronok dengar peraturan baru Najib ni..

Padahal dengan status anonymous pun sebenarnya tak susah pun nak cari pemilik sebenar akaun. Tara securiti NASA pun ada yang boleh hack takkan nak cari pemilik akaun yang anonymous pun polis tak reti nak cari.

MyMetro melaporkan:
Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka. - MyMetro  
Juga dilaporkan:
“Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi. - Ibid.

Aku rasa yang paling gumbira dengan peraturan ni tentu si 'Sir' Papagomo. Blog lama dia yang 'anonymous' dia dah bersara. Blog dia yang baru rawsanya comply dengan peraturan Najib ni.

Apa pun pada aku peraturan baru ni pada aku ada dua tujuan utama, yang pertama untuk memudahkan polis buat kerja sama taraf macam cadangan KPN yang baru untuk haramkan motorsikal masuk bandar atas alasan penjenayah paling ramai menunggang motosikal.

Padahal dengan status anonymous pun sebenarnya tak susah pun nak cari pemilik sebenar akaun. Tara securiti NASA pun ada yang boleh hack takkan nak cari pemilik akaun yang anonymous pun polis tak reti nak cari.

Tujuan kedua dan mungkin yang utama peraturan baru ni nak takutkan rakyat supaya tak berani melawan, supaya rakyat terpaksa membodohkan diri.

Terutamanya untuk blog politik oleh kakitangan kerajaan. Tentu punya depa-depa ni lepas ni tak berani lagi nak berblog.

Tak payah tunggu polis atau SKMM, aku rasa banyak blog yang ditutup pasai tuan punyanya takut ketua pejabat atau pengetua panggil ja.

Cuma yang aku mushkilnya, pasai apa Najib yang umum peraturan ni? Pasai apa bukan Menteri Penerangan yang jaga SKMM atau Menteri Dalam Negeri yang jaga polis?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...