Najib tak berani nak lantik Khairy, takut kena belasah lagi teruk dengan Dr. Mahathir yang cukup sedar Khairy adalah antara penghalang utama anak dia dari terus mendaki tangga dalam Umno BN.
Walaupun sampai tahap merayu kat Najib secara terbuka macam yang aku ulas dalam posting bertajuk "Nasib Khairy Jamaluddin akan terus malang walaupun menang majoriti besar", nampaknya nasib masih tak menyebelahi Khairy Jamaluddin. Angan-angan dia nak jadi menteri masih tinggal angan-angan.
Silap dia jugak, masa pak mertua dia jadi PM dulu dia malu-malu kucing nak pegang jawatan menteri, kalau tidak kurang-kurang pun dalam resume politik dia ada jugak jawatan sebagai menteri walaupun mungkin tak lama.
Kalau nak kira layak Khairy memang cukup layak dengan jawatan dia sebagai Ketua Pemuda Umno merangkap ketua Pemuda BN ditambah lagi dengan kemenangan majoriti besar pulak tu masa PRU13 lepas, tapi nak buat macamana Najib masih 'tak nampak' dia.
Update: Rupa-rupanya aku tersilap, bukan tersilap macamana, blog yang aku salin tampal tu rupa-rupanya bagi senarai tak lengkap, lagi dua menteri yang kat bawah sekali tu tertinggal kut. Dan dua menteri yang terkebawah sekali tu termasuk Khairy Jamaluddin.
Jadi jugak dia menteri, menteri penerangan pulak tu, popular gila la dia kut lepas ni..
UpdateII: Rupa-rupanya senarai kat bawah ni tak sama dengan senarai sebenar yang Najib Umum, senarai sebenar boleh rujuk kat posting aku yang bertajuk "Senarai menteri Kabinet rasmi Najib 2013 selepas blackout?"
Senarai Menteri Kabinet Baru 2013
Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Muhyiddin Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Jamil Khir Baharom
Mohamed Nazri Abdul Aziz
Idris Jala
Ahmad Maslan
Menteri Kewangan
Mustapa Mohamed
Menteri Pelajaran
Idris Jusoh
Menteri Dalam Negeri
Hishamuddin Hussien
Menteri Pengangkutan
Liow Tiong Lai
Menteri Pelancongan
Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Luar
Anifah Aman
Menteri Kerja Raya
G Palanivel
Menteri Kesihatan
Wee Ka Siong
Menteri Belia Dan Sukan
Ahmad Shabery Cheek
Menteri Sumber Manusia
S Subramaniam
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Noh Omar
Menteri Perdagangan Dan Industri
Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Shafie Afdal
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Fadillah Yusof
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Douglas Unggah Embas
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Chin Fah Kui
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Mahazir Khalid
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Joseph Salang Gandum
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Ong Ka Chuan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Noriah Kasnon
Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin
Menteri Wilayah Persekutuan
Johari Abdul Ghani
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis