Muktamar tahunan PAS ke-59: Sapa pulak yang akan kena singkir? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Tuesday, May 14, 2013

Muktamar tahunan PAS ke-59: Sapa pulak yang akan kena singkir?

Bagi yang fobia dengan istilah melobi hangpa boleh tukar istilah tu kepada berkempen, walaupun bunyi tak sama tapi kelalu dan aksinya lebih kurang sama ja.

Harakahdaily melaporkan: 
KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 tahun ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan, dengan negeri yang dipilih menjadi tuan rumah adalah Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tarikh dan tempat itu diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat yang bersidang semalam.

Muktamar tahun ini juga akan berlakunya proses pemilihan kepimpinan yang baru bagi setiap peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya iaitu 2013-2015. - Hrkh.    
Tentu punya Muktamar PAS tahun ni sangat menarik dan ditunggu-tunggu oleh semua penggiat dan peminat politik tanah air.

Tak kira penyokong Pakatan Rakyat atau pun BN tentu sama-sama nak tengok macamana rupa muka-muka pimpinan PAS yang akan mentadbir PAS selepas PRU13 ni.

Aku yakin akan ada perubahan cuma tara mana perubahan tu, perubahan sikit atau pun perubahan besar belum tau lagi.

Lebih menarik lagi bila ramai pimpinan utama PAS kalah dalam PRU13 termasuk Mat Sabu Timbalan Presiden PAS juga Husam dan Salahuddin Naib Presiden PAS. Yang selamat cuma Mahfuz yang baru dilantik jadi PJ Kedah yang baru. Macam tu juga Ketua Penerangan Ust Tuan Ibrahim.

Depa-depa tu jugak kut calon yang mungkin bertanding jawatan Timbalan Presiden yang memang sangat-sangat tak selamat untuk Mat Sabu sebagai penyandang.

Walaupun Muktamar Agung PAS Pusat tu lambat lagi, tapi proses pemilihan tu sebenarnya bermula lebih awal pasaimya pemilihan diperingkat cawangan aka bermula seawal 25 Mei ni yang akan mempengaruhi pemilihan diperingkat Kawasan yang akan mempengaruhi keputusan diperingkat pusat.

Jadinya kalau ada yang bercita-cita nak tengok perubahan kepimpinan di peringkat pusat, nak kena buat kerja melobi dari sekarang.

Bagi yang fobia dengan istilah melobi hangpa boleh tukar istilah tu kepada berkempen, walaupun bunyi tak sama tapi kelalu dan aksinya lebih kurang sama ja. Salah atau tak aksi-aksi tu bergantung setakat mana yang hangpa sanggup buat dan garis sempadan antara dua tu sangat tipis, setipis kulit bawang.

Yang menariknya belum apa-apa dah ada yang buat page sokong Husam Musa sebagai Presiden PAS.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

20 comments:

  1. Aku rasa eloklah ulamak-ulamak yang ada cuba belajar tutup mulut sikit bila pemberita-pemberita hulur copong.... lihat saja kesan pilihanraya baru-baru ni... akibat mulut cakap banyak dan bercanggahan pulak antara satu sama lain.... pas tewas dibeberapa tempat yang sepatutnya menang... Jadi aku syorkan supaya tubuh satu jawatankuasa sidang media.... bila ada isu yang hendak disampaikan, perlu dapat kelulusan daripada jawatankuasa ini dulu... jangan dok merepek ikut sedap mulut jer.....

    ReplyDelete
  2. Syorkan TGHH berundur secara terhormat bagi menyelamatkan keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak yang menang letak jawatan yang kalak kekal..kepala biul engko nii..

      Delete
    2. ermmm klu berani try la..kau sruhla sape2 yg kau rasa layak jadi presiden..setakat ni tk nmpk lgsg sape yg layak ..hanya geng syaitan di kenali yg nmpk sape???

      Delete
  3. semua yang kalah dan tidak di lantik exco tu sudah lah.... balik rumah masyuuuk selimut bini daaa..

    naib presiden salahudin ni gempaq jer habih tapi apa pun tarrraaaak .. mat sabu pergilah jadi samseng jalanan atau ustza jalanan di lebuhraya hari hari bolh demo..

    tolong angkat naik mujahid , dr rani dan dr sheikh jadi naib presiden.

    salam

    ReplyDelete
  4. Husam Musa???kah3..mamat ini dah kalah dan sultan Kelantan pun tendang dia dari exco kelantan,takkan ahli Pas nak angkat orang macam ini???

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemuja sultan nih!

      Delete
    2. Husam Musa. Bukan takat Timbalan, presiden pun sesuai. Ulama cukup sekadar duduk dalam majlis syura ulama. Noktah!

      Delete
  5. Aku cadangkan supaya puak-puak ulamak dalam pas ni buat muhasabah..... belajarlah ilmu fiqh al waqi'... supaya tidak terbabas bila buat kenyataan media... kita lihat apa jadi pada isu kalimah Allah.... bercanggahan antara satu sama lain... akhirnya UMNO guna isu kalimah ini di dalam PR baru-baru ni....orang kampungpun apa lagi...yang lagi hairan... puak-puak cerdik pandai pun kata PAS menggadaikan aqidah kerana kalimah Allah ini.... banyak lagi isu... contoh, isu hudud... nak mengundi la..la.. dah, keluar lagi kenyataan pasal hudud sedangkan dia telahpun diselesaikan....

    ReplyDelete
  6. Apa cina mau dah ramai orang dapat agak...APA PAS MAHU???...Ini yang melayu PAS kena jawab pada diri sendiri...Melayu Islam negeri Kedah Perlis NS Terangganu Perak dulu sokong PAS sekarang dah beralih semula ke Barisan Nasional..mereka rasional berfikir dan bertindak sepanjang 5 tahun yang lalu...kecuali Melayu Kelantan@MELAYU BUDU...Akui lah PAS dalam Pakaran Rakyat cuma No 3 selepas PKR dan DAP..Apa yang PAS mahu dalam PR.. Kalimah Allah dilacurkan,Penzina dan Peliwat diangkat jadi pemimpin,bila kroni berzina lagi banyak tayang lagi banyak pahala...dosa zina nak campak kemana, bila kroni sokong murtad PAS sokong, hudud boleh dah tutup buku.. Nak kata jadi kuasa pengimbang dalam PR atau nak tubuh negara Islam sekali LGE, Anwar dan Karpal Sing jerit senyap jadi SETAN BISU...Nak jadi kuasa pengimbang jauh skali.. hasil ajaran tok guru paling haprak malah ulama pondok pun tak sokong tok guru...MELAYU BUDU layak kerja di sektor swasta syarikat cina bukan sektor kerajaan..Ketua jabatan harap pantau melayubudu dan melayu PAS...Pada APA LAGI PAS MAHU???

    ReplyDelete
  7. kah kah kah!
    Buang semua sekali yang ada, angkat aku biar aku pikul seorang seorang

    ReplyDelete
  8. Bagi aku, kekalkan Salahuddin Ayub sebagai Naib Presiden PAS. Dia tu, kura beranilah bertanding kat Johor kubu kuat UMNO dan tinggalkan Kubang Kerian (tempat yg beliau sandang). Salahuddin Ayub sygkan negerinya Johor, tu yg dia berani bertanding di Johor walaupun tewas...Keberanian beliau dan kecintaan beliau pada Johor ialah suatu benda yg takleh dibeli...

    ReplyDelete
  9. Berani bertanding di tempat musuh walaupun tahu risiko yang bakal dihadapi adalah sifat pemimpin sebenar. Apa guna menang besar di halaman rumah sendiri tapi kecut nak keluar dari pagar?

    ReplyDelete
  10. fokus untuk langkah seterusnya siapkan perancangan lawan penipuan

    ReplyDelete
  11. Memimpin gerakan Islam bukan sekadar memimpin parti2 biasa yg tidak ada tarbiyah..jasa TGHH cukup besar utk sebuah perjyangan yg bertunjangkan akidah..

    ReplyDelete
  12. Kenapa PAS bergabung di dalam PR?....sebab isu2 sejagat....untuk membantu gerakan menjatuhkan UMNO yang menuju ke arah pemerintahan 'diktator'....Adakah PAS akan menggadaikan dasar yang diperjuangkan dari dulu?....tidak sama sekali....pimpinan ulama2 yang dikutuk ni la yang menjaga dasar2 PAS dari dulu, kini dan selamanya....Pinjam ayat UMNO sebab PAS kan selalu dituduh nak bergabung dengan UMNO....Jangan ingat baru 2 hari masuk PAS atau sokong PAS dah boleh tukar PAS jadi macam apa yang kita nak....nak PAS hanya memperjuangkan isu2 nasional je....

    Ahli2 dan pemimpin PAS yang bersifat masional datang dan pergi dalam PAS....Tapi dengan kekuatan dasar yang PAS perjuangkan membolehkan PAS bertahan sehingga sekarang....
    Ramai yang mengaku ahli PAS dan tak bersetuju dengan cara PAS....Seperti yang ditekankan sebelum ni....Ahli2 dan pemimpin dalam PAS yang tak bersetuju dengan perjuangan dasar PAS yang agak totok dan bawah tempurung ni silalah join Hassan Ali, Nakhaie, Nasha, dan bla bla bla......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt setuju.saya bukan ahli pas namun sgt setuju dgn pimpinan TGHA yg tegas dgn prinsip SELAGI TAK MERUGIKAN ISLAM.hati2 ulasan yg menurut kata hati semata tanpa mempertimbangkan aspek yg lainJGN PAKAI HUKUM AKAL SAHAJA.MERBAHAYA...................................

      Delete
  13. Pengaruh Dato Husam Musa, Dato Salehudin Ayub, Dato Mahfuz Omar, siapa lagi? Ramai yang lebih berwibawa untuk menerajui PAS, presiden PAS sedia ada patut di ganti dengan orang lain kerana banyak perkara yang TGHH buat melukai akar umbi...

    ReplyDelete
  14. aku dah kata dulu... mat sabu memang tak layak timbalan presiden... gerakan islam takkan menang kalau sekadar ceramah maki hamun... Allah dah tunjukkan kekalahan dia di kubu kuat Pas pendang,... angkatlah kembali orang alim sbg pemimpin, kemenangan akan datang dari pertolongan Allah... jangan ingat mudah melawan gergasi barisan nasional...

    ReplyDelete
  15. Anak Muda Terengganu Menyokong 100% HUSAM MUSA Sebagai Presiden PAS "TUKAR YANG LAMA KEPADA YANG BARU " INIKALILAH!!!!

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number