Sebab wakil Dewan Pemuda PAS tiba-tiba muncul waktu Adam Adli dibebaskan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 24, 2013

Sebab wakil Dewan Pemuda PAS tiba-tiba muncul waktu Adam Adli dibebaskan?

Walaupun aksi depa memang boleh dikategorikan sebagai 'publicity whore' tapi aku tetap sokong kalau depa berani mencalonkan nama depa untuk jawatan nombor satu dan dua dalam pemilihan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia tahun ni.

Harakahdaily melaporkan:
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini membebaskan Adam Adli Abdul Halim dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Norsharidah Awang memutuskan demikian setelah aktivis mahasiswa itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui ucapannya pada 13 Mei lalu.

Mahkamah juga membuat keputusan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Julai depan. - Hrkh.  
Betul macam yang aku tulis sebelum ni, mahkamah membebaskan Adam Adli, bebas dengan ikat jamin RM5,000. Lagipun takdak sebab dah untuk tahan Adam, kalau tahan jugak maknanya memang kerajaan pimpinan Umno BN sungguh nak berperang dengan rakyat sendiri. Lain la kalau jenayah dia jenis bunuh orang, mungkin la tak boleh tamin.

Rentetan dari pembebasan Adam tu, dua gambar macam kat bawah ni cukup hangat kat facebook.

 

Mungkin bagi sesetengah orang gambar ni biasa ja, tapi bagi sesetengah golongan terutama sekali dikalangan yang berkampung di depan Balai Polis Jenjang ramai yang tak puas hati. Malah ada yang sampai gelar depa dua ni sebagai oppertunis, parasit, hipokrit dan talam dua muka.

Depa tak puas hati pasai masa Adam Adli ditahan reman 5 hari langsung tak nampak muka tapi bila Adam dibebaskan depa berdua ni sambut depan mahkamah, siap buat PC lagi.

Dari satu sudut memang ada kebenarannya tapi dari sudut lain aku nampak kebijakan politik depa berdua ni.

Nak salahkan depa berdua ni pun rasanya tak berapa nak kena, pasainya depa dua ni kalau hadir apa-apa acara bukan takat bawak batang tubuh depa tapi bawa juga nama Dewan Pemuda PAS Malaysia. Raja Iskandar adalah Naib Ketua manakala Khairil Faizi adalah setiausaha.

Depa berdua tak pi pun takpa pasai ada lagi 2 orang kat atas depa yang lebih mewakili, Ketua Pemuda dan Timbalan ketua Pemuda. Lain la kalau depa berdua diarahkan untuk pi.

Ada kemungkinan jugak depa berdua diarahkan untuk hadirkan diri lepas teruk Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua kena belasah kata DPPM langsung tak peduli.

Tapi aku dok rasa bukan macam tu, depa berdua tu pi atas inisiatif depa sendiri demi untuk jaga nama baik DPPM, Pemuda PAS tetap ada pi jugak walaupun agak terlambat.

Disamping tu ada jugak kemungkinannya depa pi tu untuk menonjolkan nama depa, biasa la, muktamar dah semakin dekat dan tahun ni tahun pemilihan.

Apa pun, pada aku, walaupun aksi depa memang boleh dikategorikan sebagai 'publicity whore' tapi aku tetap sokong kalau depa berani mencalonkan nama depa untuk jawatan nombor satu dan dua dalam pemilihan pimpinan DPPM tahun ni.

Tapi takat sokong kat dalam blog ni ja la, nak mengundi memang dah tak boleh pasai umur pemuda aku dah habih.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...