18 ditangkap 3 dipukul, peguam disepak curi di himpunan solidariti Adam Adli (gambar) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 23, 2013

18 ditangkap 3 dipukul, peguam disepak curi di himpunan solidariti Adam Adli (gambar)

Aku dok agak polis bertindak lagi 'ganas' dari tu, mungkin kut polis pun tak berapa nak berani pasai semua mata tertumpu ke sana sedang menilai tindakan polis tambah-tambah lagi ramai kaum cina dalam himpunan tu.

Malaysiakini melaporkan:
Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli.

Kira-kira 1,000 sebelum ini telah berkumpul di luar balai polis tersebut pada kira-kira jam 8.30 malam, di tengah-tengah kehadiran ramai anggota polis yang menutup pintu masuk ke balai. - Mkini.  
Malaysiakini juga melaporkan:
Beliau juga mendakwa tiga daripada mereka yang ditahan itu, telah dipukul oleh polis sebelum mereka ditangkap. - Ibid.
Aku dok agak dah memang polis tak boleh tahan punya dengan suasana di depan balai polis Jenjang tu. Mungkin kut sebelum ni pihak polis biarkan dengan harapan sokongan kepada Adam Adli akan beransur surut. Malang bagi pihak polis sokongan bertambah dan semakin ramai yang berhimpun di depan balai tu.

Dan semalam mungkin dah tak tahan kut dan rasa kuasa depa semakin dicabar, polis akhirnya ambil tindakan, tahan 18 orang termasuk 4 wanita dan 3 dari depa tu dipukul sebelum ditahan.

Apa pun semua yang ditahan tu akhirnya dibebaskan selepas diambil keterangan.

    c    
Kredit gambar: Sedaka

Yang lebih gilanya, ada pulak yang beraksi celaka bagi penyepak curi dari belakang kat peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty yang dilantik oleh depa yang ditahan tu untuk bela depa. Lepas bagi penyepak terus lari menyorok. Apa punya polis la buat kerja celaka macam tu.

Kat bawah ni laporan polis yang Fadiah Nadwa buat atas kejadian tu.



Aku dok agak polis bertindak lagi 'ganas' dari tu, mungkin kut polis pun tak berapa nak berani pasai semua mata tertumpu ke sana sedang menilai tindakan polis tambah-tambah lagi ramai kaum cina dalam himpunan tu  pasai tu depa cuma bertindak 'ringan.'

Apa pun aku dari awal tak yakin polis sanggup nak simpan lama Adam Adli tambah-tambah kalau macam tu punya ramai yang sanggup berhimpun setiap malam kat depan balai tempat Adam Adli ditahan tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...