Azmin jangan jadi CELAKA, Pas Selangor jangan jadi BANGANG!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Azmin jangan jadi CELAKA, Pas Selangor jangan jadi BANGANG!!!

Nasib baik dari segi jumlah kerusi, kerusi PAS campur kerusi BN cuma berjumlah 27, kalau boleh dapat majoriti mudah tak mustahil akan ada wakil rakyat PAS Selangor yang beraksi CELAKA berusaha untuk tubuhkan kerajaan UG di Selangor.

Malaysiakini melaporkan:
Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat. - Mkini
Itu kenyataan dari orang yang sebelum ni nak sangat jadi MB, dan aku harap dia tak beraksi CELAKA, memaksa orang lain untuk terima dia sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Di pihak PAS Selangor pulak, setakat ni belum keluar lagi kut kenyataan dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman Adun Meru, dan aku harap PAS Selangor tak beraksi BANGANG tuntut jawatan Menteri Besar.

PAS Selangor kena ingat antaraa sebab PKR kurang satu kerusi pasai calon PAS di Dun Kota Damansara 'menafikan' kemenangan Dr. Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR. Kalau tak berlaku pertandingan 3 penjuru dah tentu Dr. Nasir akan menang.

Pada aku sangat-sangat tak kena kalau PAS Selangor desak dan minta kerusi tu, sebabnya PAS cuma menang 15 kerusi, ada lagi 29 Adun PR yang kalau depa bersatu suara PAS serta-merta jadi minoriti.

Untuk jadi Menteri Besar. tak penting sapa yang menang paling banyak, yang penting dia dapat sokongan majoriti dalam dewan, jadinya tak payah la rasa hebat kalau setakat ada 15 kerusi berbanding jumlah semua 56 kerusi.

Kecuali la PAS Selangor ada calon yang cukup hebat yang wakil PKR dan DAP pun takdak alasan untuk tolak.

Pada aku PAS perlu sokong Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar. Sebagai Menteri Besar yang baru satu penggal dia patut dibagi peluang sekurang-kurangbnya satu penggal lagi tambahan pulak rekod dia memang bersiah dan dia tak pernah aku dengar ada masalah dengan PAS sebelum ni.

Nasib baik dari segi jumlah kerusi, kerusi PAS campur kerusi BN cuma berjumlah 27, kalau boleh dapat majoriti mudah tak mustahil akan ada wakil rakyat PAS Selangor yang beraksi CELAKA berusaha untuk tubuhkan kerajaan UG di Selangor.

Nasib baik Dr. Hasan Ali dah terbuang dari PAS, kalau tidak tak mustahil dia yang akan sekali lagi mengetuai kerja celaka nak tubuhkan kerajaan UG.

Aku yakin Dr. Hasan Ali sangat menyesal sekarang ni, kalau dia Sabar sat, tak mustahil dia yang akan dilantik jadi Menteri besar Selangor.

Malaysiakini juga melaporkan:
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata Pakatan Rakyat Selangor harus memberi peluang kepada PAS menerajui negeri itu ekoran kejayaan parti itu memenangi 15 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) PAS yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan. - Mkini.
Tak payah heran pasai apa Dr. Hasan tak sebut nama Dr. Rani sedangkan Dr. Rani yang paling layak atas kapasiti dia sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, ataupun Iskandar Samad yang juga Exco Selangor sebelum ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

36 ulasan:

  1. Sokong penuh artikel di atas. Kadang-kadang walaupun serban besar, hari-hari bertarbiah dan berterbus, perbuatan dan kelakuan pula tidak langsung mengambarkan keIslaman yang dibawa. Seperti orang kata, 'cakap tak serupa bikin'. Ringkas kata PAS,janganlah kerana kelebihan satu kerusi dah cuba nak menikam kawan dari belakang. Period.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoi apa yg engkau merepek ni takfahamka apa yang mustafa ali kata. Yg hina serban pertikai islam orang , kau dah sewel ka ,atau bodo

      Padam
  2. Bagi Khalid Ibrahim jadi MB sepenggal lagi.Wawasannya di Selangor masih ada lagi yang belum selesai.Lagi pon dia tiada masalah dalam pentadbirannya.Musuh politik dalam satu reban di mana-mana pon ada.Lihat saja di KELANTAN la ni.Apa terjadi dng Husam Musa??????Puak-puak tamak ni akan menghancurkan parti.

    BalasPadam
  3. Gua setuju sangat apa yang ditulis dalam blog ni....MB TanSri Khalid dan 2 exco dari PKR termasuk Speaker Dun, Pas dan Dap akan dapat 4 orang exco untuk setiap parti... Jika azmin dok terloncat macam kena sawan sebab nak jadi MB juga PKR bagi dia jadi Speaker.... amacam k dak...

    BalasPadam
  4. celaka, celaka, celaka.. wa belajor dari tok guru wa, lu apa tau.

    BalasPadam
  5. Berdiri nya dengan teguh dan megah sebagai neger terkuat dan teramai penyokong Pakatan Raakyat adalah keran Pentadbiran Negeri Selangor yang bersih dan pengurusan keewangan yang telus..Siapa memimpin nya...TAN SRI KHALID IBRAHIM (TSKI)...Kalau orang lain, aku rasa Selangor tentu dan tentu jatuh semula ke tangan BN....JADI TIADA PILIHAN LAIN SELAIN DARI TSKI.

    BalasPadam
  6. Hasan Ali tak sesuai jadi MB. Kalau jadipun prestasi dia lagi teruk dari ex MB Kedah

    BalasPadam
  7. Aku adalah ahli PAS, aku sangat setuju sekiranya Khalid Ibrahim diberi mandat sekali lagi untuk meneruskan kerjanya sebagai Menteri Besar... tiada sebab untuk menukar YB yg lain... Kepada YB YB yg lain marilah kita terus bersatu untuk Selangor MAju... dan terus maju....

    BalasPadam
  8. Kenapa nak berebut2 pangkat ni??? Ini kerja Umno bukan Pakatan Rakyat! Khalid telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai MB Selangor, maka sewajibnya beliau dilantik semula menjadi ketua negeri. Telah banyak dasar dan rancangan/ idea beliau yang jelas menguntungkan rakyat Selangor. Tambahan beliau bersih dari sebarang salahlaku baik dari segi sahsiah mahupun rasuah.Program2 agama islam juga begitu subur di Selangor di bawah pentadbiran Khalid. Apa mahu lagi??? Pas jangan ghairah sangat nak rebut jawatan; nanati rakyat Selagor benci dan siapa yang akan kecundang dalam jangka panjang nanti?

    BalasPadam
  9. woi nangau! walaupun mereka juga PR habis PAS ini sebagai apa. Bukan nak berebut jawatan M.B tetapi PAS juga ada hak keatas kerusi itu.
    lagi satu gua nak ingatkan, PAS lagi lama ditubuhkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko yg nangau... ingat PAS cerdik sangat ke nk jadi MB Selangor? takat kepala otak macam Hasan Ali tak payah la nak berebut jadi MB. PAS jadi MB Terengganu sepenggal pun dah lingkup, jadi MB Kedah sepenggal pun lingkup.. lagi nk jadi MB Selangor. Setakat ni TGNA saja yg berjaya sebagai MB, ganti MB Kelantan yg baru sehari pun dah jadi kecoh. itu pun PAS masih tak sedar diri.

      Padam
    2. Troll UMNO!

      Padam
    3. Buang masa je PAS masuk Pakatan kalau senang2 je orang boleh kutuk ketua ketua PAS tak boleh buat kerja,, kat Kedah lingkup, kat Terengganu lingkup...

      Nasib baik baru Selangor,, kalau Pakatan menang Parlimen, memang PAS jaga kementerian luar Bandar dan kementerian Wanita je lah...,, mungkin jugak dapat Belia & Sukan kut..

      Confirm DAP dan cina cina dalam PKR berebut rebut nak pegang Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan,,, atas alasan diorang cerdik pandai..... + Timbalan Perdana Menteri...

      PAS PAS,, kalau takat nak buat pecah undi Melayu je, buang masa je takbir sini takbir situ,, dah ada peluang jadi MB, malu pulak.....

      Padam
  10. setuju sangat... dan harapan seluuuruuuuhhhhnya rakyat selangor.. sian hassan ali.. kah..kah..kahak...

    BalasPadam
  11. Khalid terbukti berjaya, lagi DAP beralah untuk Anwar, demi kesepakatan dan perpaduan pakatan, apa perkara ini perlu di perbesarkan. Kalau kita lebih baik bersifat amirul mukmiminin kita tak berebut dengan orang yang beriman dan terbukti berjaya membawa Selangor sebelum ini. Ada beliau menghalang kemajuan Islam, mengamalkan rasuah dan membiarkan maksiat dan menghalang makruf.

    BalasPadam
  12. TS Khalid adalah paling layak jdi MB selangor....beliau bijak dan bersih...semua pihak harus berlapang dada terutamanya org-org PAS....dlm masa yg sama PR harus mula melatih golongan muda ...utk jadi peminpin masa depan......rakyat dah beri mandat...jgn nak bergaduh pd benda yg tidak ada kepentingan rakyat....kalau rakyat hilang kepercayaan Selangor akan jadi Kedah......berkenaan hassan ali...apapun pandangan beliau org-org PR tak perlu layan.....kalau biawak lidahnya bercabang dua....rasanya hassan ali ada lebih dari biawak......

    BalasPadam
  13. kalau ikut komen hampa memang rosak abis yg diatas terserlah tak matang hampa.pas buang asan ali atas nama pakatan.kami di kedah tungkus undi pkr walau pun tempat kami krja parti pas berjalan dari 2008.belum apa2 dah kecoh sabar sat.pas kedah terima watikah utang dari bn dulu.wakil pas payah nak lompat mcm parti lain kecuali dipecat sampai tergadai negeri perak.sedangkan perjuangan hudud pas melayu sendiri x mau tambah bukan melayu lagi la.sendiri mau fikir la.pas akan tolak ansur selagi tak rugikan islm insyaallah.

    BalasPadam
  14. Kekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor. Beliau adalah orang JUJUR & AMANAH menjalankan tugas.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum....kenapalah terlalu cepat bersangka buruk.....bagi saya amat tidak bijak untuk bersangka begitu hanya bersandarkan kenyataan hasan ali yg ternyata langsung takde kaitan dengan pas...soal pertindihan kerusi tu kan bab lain...masing-masing ada salah silapnya....kes nk pilih mb selangor ni just suarakanlah pendapat kita untuk sokong sapa yg layak tanpa syak berlebihan kepada orang lain..saya rasa pesuruhjaya pas selangor dan team pas selangor pun tak lah buta mata dan hati untuk nilai kecemerlangan tan sri khalid dalam mentadbir selangor...apa pun biarlah pucuk pimpinan bincang hal ni dulu...dan biar mereka tentukan siapa yg layak...pastu kalau tak puas hati jugak barulah kritik.... Jiwa islam..

    BalasPadam
  16. Jangan jadi batu api, itu tekaan semata-mata.

    BalasPadam
  17. Hahaha baru kerusi negeri dah biul nak pilih MB belum duduk di Putra Jaya. Kau org ingat Azmin Ali tu bodoh ke nak bg kat Khalid? Sebab tu depa tendang khalid jauh2. Dr. Rani lagilah DAP Cauvanis xmau..habislah kedai arak/judi/ nak cari makan pun susah..dosa2 org PAS tangggunglah..klau Dr.Rani MB. Org Melayu PAS/PKR kau semua kuda je tanggungan kpd DAP. Tak caya tunggulah berita trkini..sapa keldai siapa yg tunggang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni satu lagi Troll UMNO

      Padam
  18. Eloknya buat pilihanraya pilih MB plak.. baru ada akai..

    BalasPadam
  19. Saya hairan...dato Hasan ali kena pecat sebab dia pertahankan kanun syariah pasal penjualan arak tu..Dap bedal dia,..Pas pecat dia tanpa pembelaan sebab tekanan Dap..Sampai hati kamu semua maki dia macam2 sedangkan dia telah cuba memperjuangkan apa yg menjadi perjuangan Pas selama ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. another Big Troll jiwa UMNO

      Padam
    2. Hasan Ali tu memang patut pun kena terajang dari PAS... sbb dia bengap & gila, duduk dlm PAS tapi cakap pakai lidah UMNO.. sekarang tak duduk dlm PAS pun masih nk menyibok cakap hal PAS.. suruh PAS buat itu ini.. apa si Asan ni tak tau malu ke??? Lebih malu lagi ade juga org PAS yg termakan cakap dia.

      Padam
    3. Ahsang Ali............ x yah nak gebanglah,dia patut bersyukur,masuk masuk Pas dah dapat jadi Adun kemudian MP .... terus tak sedarkan diri, kononnya akulah pakar motibasi yang hebat, berjaya menarik crowd yang ramai setiap kali ceramah. Puji TGNA melambung lambung. Last last apa jadi???????
      Ehhhhh....ello!!!!!!!!! Ahli Pas bila bila masa boleh tendang pemimpin yang tak tau buat kerja. Apa yang dia orang nak herankan??? soal duit bukan dtg dari pemimpin . Ahli kena cari sendiri.
      Jadi tak payahlah nak dibangga bangga sangat dengan Ahsang ni.

      Padam
  20. aku sokong artikel ni..logik........tapi kalau boleh tukar la faekah tu..cari la org len plak..byk lagi yang bijak2 di selangor ni....

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum;

    ------->> Aku adalah ahli PAS, aku sangat setuju sekiranya Khalid Ibrahim diberi mandat sekali lagi untuk meneruskan kerjanya sebagai Menteri Besar...<<------ Orang Pas mana cakap macam ni.... ini DAP Trooper style. Ana tau laah... Kamikan Jentera PR. Lagi mau tipu

    BalasPadam
  22. Nasib baik pkr kurang satu kerusi, kalau tidak dah tentu azmin calonkan nama dia utk jadi mb

    BalasPadam
  23. Dah nota kaki kata memang prejudis...

    Memang prejudis macam chee la kha!

    Ada faham ka adeek manees?

    BalasPadam
  24. aduhhh... korang nii tak paham2 lagi ke kenapa DAP nak TSKI??? sbb utama ialah yang membuat keputusan selama ni bukannya TSKI tapi org2 DAP!!! klu pilih PAS abis la kuasa tangan ghaib dorg. Yg kesiannya ialah kita ni yg beriya-iya bawa nama PAS.

    BalasPadam
  25. yang penting aku telah jalankan tanggungjawab sebagai muslim utk memenangkan islam yg kelak disoal pula oleh Allah s.w.t..alQuran dan hadis perlembagaan PAS...jangan hanya berasa hebat berkokok di maya sebelum diuji Allah...kalu diajak ke medan jihad sebaaimana berlaku di Mesir belum tentu kalian di sini menginjak kaki...ingatlah jgn hanya pandai berkokok tetapi ekor bergelumang tahi...solat sunat 2 rakaat pohon petunjuk kpd Allah kpd yg muslim dan berdoa agar pakatan rakyat tetap benar dijalannya...pesanan ini utk aku dan kalian agar bersama memenangkan islam...dan banyakkan membaca sirah nabi dan pergilah ke kuliah tafsir agar terjaga hati dan tunduklah amarah...

    BalasPadam
  26. .... kalau boleh dapat majoriti mudah tak mustahil akan ada wakil rakyat PAS Selangor yang beraksi CELAKA berusaha untuk tubuhkan kerajaan UG di Selangor.

    tak mustahil kan????

    Tapi.... bagi blogger2 celaka ,mesti jadi wajib mainkan isu ini !

    BalasPadam

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...