'Kabinet Bimbang' Najib 2013: MIC tak setuju, Hindraf pun tak suka | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 16, 2013

'Kabinet Bimbang' Najib 2013: MIC tak setuju, Hindraf pun tak suka

Uthayakumar berkata beliau adalah pemimpin Hindraf yang sah bukan Waythamoorthy, ekoran itu, kata Uthayakumar, beliau akan terus menerajui Hindraf dan 'perang terhadap BN'.

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy telah dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan baharu Kabinet Persekutuan hari ini.

Berikutan memorandum persefahaman (MoU) antara badan bukan kerajaan (NGO) itu dengan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, pelantikan mengejut peguam berusia 47 tahun itu dijangka membawa gelombang harapan bagi meningkatkan tahap kehidupan masyarakat India di negara ini.

Pada 18 April lepas, Hindraf dan BN memeterai MoU merangkumi enam perkara utama dengan tujuan membawa masyarakat India yang miskin ke arus perdana pembangunan negara. - Sinar
Nampak jelas tujuan Najib nak ambik hati orang India yang sebelum ni pada tahun 2008 bersatu di bawah Hindraf mencetuskan gelombang Tsunami. Ada yang kata masa tu lebih 85% orang India tak undi calon BN.

Untuk PRU13 ni pun kalau pun tak seramai tu yang tak undi calon BN tapi peratusnya masih tinggi, mungkin masih melebihi 70%.

Malang bagi Najib, tujuan 'murni' dia tu langsung tak dihargai. Malaysiakini melaporkan:
Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri.

"Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN.

"Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan. - Mkini.
Lebih malang lagi bila Hindraf sendiri tak iktiraf perlantikan tu. Malaysiakini melaporkan:
Pelantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, yang bertegas bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf.

"Tahniah kepada Waytha sebagai mandur India terbaru! Samy Vellu baru," kata Uthayakumar dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Uthayakumar berkata, adiknya itu telah dipecat oleh majlis tertinggi Hindraf pada 25 April kerana mengkhianati tuntutan 18 perkara Hindraf dan kerana menyertai BN.

Beliau mendakwa Waytha (berbaju oren) telah beralih oleh agenda peribadinya dan mendakwa adiknya itu adalah seorang oportunis politik.

Uthayakumar berkata beliau adalah pemimpin Hindraf yang sah bukan Waythamoorthy, yang hanya mengambil alih gerakan itu semasa beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau menegaskan bahawa perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007 diadakan di bawah arahannya dan bukan Waythamoorthy.

Ekoran itu, kata Uthayakumar, beliau akan terus menerajui Hindraf dan 'perang terhadap BN'. - Mkini.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...