Kabinet Baru Najib 2013 : Analisa ringkas KABINET BIMBANG | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 16, 2013

Kabinet Baru Najib 2013 : Analisa ringkas KABINET BIMBANG

Yang paling dia bimbang dia takut, kabinet dia ni nanti akan jadi Kabinet Muhyiddin, penat-penat dia bersusah payah mengharungi PRU13 dengan penuh cabaran dan kesusahan tiba-tiba dia terpaksa jadi macam PakLah, turun selepas di tekan teruk dari segenap penjuru.

Najib kata kabinet dia yang terbaru ni sebagai 'kabinet berimbang' tapi aku nampak macam 'kabinet bimbang' ja, bimbang sangat kut-kut ada sekali lagi episod 16 September sampai lantik 12 menteri dan 8 timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak.

Bimbang takut orang cina marah, terpaksa lantik 'pemangku' semata-mata untuk sediakan satu kerusi kosong untuk MCA yang awal-awal lagi tolak jawatan dalam kabinet pasai kalah teruk lagi sekali.
Bimbang orang India marah lagi sekali sampai tahap lantik bekas pemimpin Hindraf jadi Timbalan Menteri di Jabatab Perdana Menteri.

Bimbang nanti orang kata kabinet dia kabinet rasuah sampai terpaksa mekap nak bagi nampak bersih dengan lantik Presiden Transparency International Malaysia sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri

Aku rasa yang paling dia bimbang dia takut kabinet dia ni nanti akan jadi Kabinet Muhyiddin, penat-penat dia bersusah payah mengharungi PRU13 dengan penuh cabaran dan kesusahan tiba-tiba dia terpaksa jadi macam PakLah, turun selepas di tekan teruk dari segenap penjuru.

Ini pulak apa yang dilaporkan mStar, atas tajuk Corat coret Kabinet Baru

Barisan kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak telah pun diketahui umum melalui pengumuman secara langsung pada jam 5 petang Rabu.

Jumlah anggota Jemaah Menteri;

> Kabinet Najib mempunyai keseluruhannya 32 menteri dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja mempunyai lapan orang menteri.

> Kabinet terdahulu dianggotai 30 orang menteri.

Antara menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing ialah;

> Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Mohd Shafie Apdal;

> Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah;

> Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed dan;

> Menteri Luar Anifah Aman.

Muka lama yang bertukar portfolio pula termasuklah;

> Bekas Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek yang kini memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia;

> Bekas Menteri Sumber Manusia Dr S.Subramaniam kini Menteri Kesihatan.

> Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan;

> G.Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Barisan Kabinet kali ini turut menyaksikan enam timbalan menteri dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Mereka ialah;

> Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya);

> Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat);

> Bekas Timbalan Menteri Luar Richard Riot (Menteri Sumber Manusia);

> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan);

> Bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri) dan;

> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Yang digugurkan pula ialah;

> Bekas Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor dan;

> Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.

Habuan Terbesar:

> Sabah dan Sarawak yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu menerima habuan terbesar apabila mereka diwakili oleh 12 menteri penuh dan lapan timbalan menteri.

Pemangku Menteri;

> Dalam situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini, Najib telah melantik Hishammuddin Hussein sebagai menteri sementara Kementerian Pengangkutan yang direzabkan untuk MCA.

> Ini bermakna, MCA yang sebelum ini diwakili oleh empat orang wakil dalam kabinet telah dikurangkan kepada hanya satu kerusi sahaja.

Muka baru ialah;

> Abdul Wahid Omar (JPM);

> Paul Low Seng Kuan (JPM);

> Shahidan Kassim (JPM);

> Nancy Shukri (JPM);

> Khairy Jamaluddin (Belia dan Sukan);

> Rahman Dahlan (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan);

> Idris Jusoh (Pelajaran dan Pengajian Tinggi);

> Rohani Abdul Karim (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat);

> Adnan Mansor (W.Persekutuan)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...