Aku rasa aku tak payah ulas apa-apa kut, cuma tunggu bila semboyan nak berbunyi, harapnya boleh lepas gian nak merasa pancutan air kimia dan gas pemedih mata.
TheMalaysianInsider melaporkan:
TAPAH, 27 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu.
Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta. - TMI.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi.Aku rasa aku tak payah ulas apa-apa kut, cuma tunggu bila semboyan nak berbunyi, harapnya boleh lepas gian nak merasa pancutan air kimia dan gas pemedih mata.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” tambah beliau lagi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?
“Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi,” katanya disambut dengan sorakan daripada ribuan hadirin berpakaian hitam.
“Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat, jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah.
“Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini,” katanya. - Ibid.
Cumanya, aku harap ucapan Mat Sabu ni tidak sekadar kempen untuk menghadapi pemilihan PAS yang sedang berlangsung sekarang di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat Pusat pada bulan November nanti...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis