Ada dua kemungkinan saja, kalau dia betul-betul berintegriti kalau dia tak dipecat dia tentu terpaksa memecat diri sendiri dan persoalannya berapa lama nama dia akan kekal dalam kabinet Najib, ataupun Low terpaksa mencairkan dirinya dan 'tenggelam' bersama-sama dengan kabinet Najib.
Malaysiakini melaporkan:
Menteri yang baru dilantik di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menolak tanggapan bahawa pelantikannya itu semata-mata satu langkah perhubungan awam atau bertujuan menutup mulutnya yang "lantang mengkritik".
Katanya, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencuba sedaya upaya untuk mentransformasi kerajaannya, dan beliau pernah berkata sebelum ini bahawa beliau akan mencari bakat yang terbaik. - Mkini.
Sebelum ini Bharian melaporkan:
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan tahniah kepada Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low Seng Kuan, atas pelantikannya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).Harakahdaily pula melaporkan:
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, dalam kenyataan semalam, berkata pelantikan Seng Kuan adalah perkembangan positif dalam usaha kerajaan meningkatkan integriti memerangi jenayah rasuah dan memastikan urus tadbir lebih baik. - Bharian.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet tambah masalah.Malaysiakini pula melaporkan:
"Tidak akan bermakna lantik Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika anggota kabinet yang lain terdiri dari mereka yang bermasalah," katanya.
"Apa makna lantik Presiden TI-M kalau hanya untuk ditenggelami oleh orang-orang yang bermasalah. - Hrkh.
Dihubungi ketika pengumuman kabinet semalam, Ramon yang mengepalai TI-M ketika Low menjadi naib presiden berkata, pelantikan itu bagaimanapun sedikit menyulitkan pentadbiran baru.Malaysiakini juga melaporkan:
"Orang mahu lihat keputusannya. Masih banyak jerung berenang dengan gembira. Kita harap dapat lihat tindakan diambil terhadap mereka.
"Jika tidak (lantikan) itu akan menjadi tidak produktif dan lebih banyak retorik," katanya ketika dihubungi. - Mkini.
Sebagai presiden TI-M, Low telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan ketelusan, termasuk mempersoalkan proses tender bagi projek MRT, dan membidas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya. - Ibid.Kalau kes projek MRT dan Taib Mahmud tu boleh dijadikan kayu ukur, aku berani kata belum apa-apa kompom Low akan gagal. Aku tak yakin dia akan berani bangkitkan 2 isu tu dalam mesyuarat kabinet. Ataupun kalau dia berani tentu punya takdak apa-apa tindakan akan diambil dan akhirnya nama dia akan hilang dari senarai kabinet.
Ada dua kemungkinan saja, kalau dia betul-betul berintegriti kalau dia tak dipecat dia tentu terpaksa memecat diri sendiri dan persoalannya berapa lama nama dia akan kekal dalam kabinet Najib, ataupun Low terpaksa mencairkan dirinya dan 'tenggelam' bersama-sama dengan kabinet Najib.
Kat bawah ni video temubual KiniTV dengan Low
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis