Jawapan aku untuk golongan rasis ni mudah saja, untuk pastikan Salahuddin Ayub takkan jadi kuda tunggangan DAP, orang melayu kena ramai-ramai berubah. Kalau calon PAS menang lebih 14 kerusi tak timbul lagi isu kuda tungangan tu.
Malaysiakini melaporkan:
Cuti Hari Buruh semalam memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mengambil peluang keemasan itu dengan menganjurkan beberapa ceramah raksasa di Johor, yang dihadiri selautan manusia bagi menyokong momentum berterusan anti-BN di Selatan.
Ceramah di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di Gelang Patah berjaya menghimpunkan 70,000 hadirin yang majoritinya berbangsa Cina, memecahkan rekod 60,000 di tempat sama pada malam sebelumnya. - Mkini.
Orang cina yang sebelum-sebelum ni tak minat pi ceramah boleh turun sampai 70ribu orang, tak ka gila namanya tu. Gila sungguh nampaknya depa nak tumbangkan Umno BN.
Kalau tengok ke angka tu memang tak mustahhil kalau Pakatan Rakyat boleh dapat undi orang cina sehingga 90% macam ada yang ramal sebelum ni.
Lebih gila lagi bila dilaporkan jugak:
Selain kehadiran luar biasa itu, kutipan derma juga sebanyak RM263,328.80 - lebih suku juta ringgit - dengan RM173,328.80 dikutip daripada ceramah dan RM90,000 lagi daripada beberapa siri acara sepanjang hari di kawasan parkir itu. - Ibid.Mana nak cari sampai banyak tu punya kutipan derma kilat?
Cuma yang agak tak berapa nak sedap bila Malaysiakini juga melaporkan:
Ceramah lain yang mensasarkan pengundi Melayu pula dilangsungkan di kawasan parkir Stadium an Sri Dato Haji Hassan Yunos di Johor Bahru yang menarik kehadiran seramai 10,000 - ceramah untuk masyarakat Melayu paling ramai dihadiri sejak penamaan calon 20 April lalu. - Ibid.Cukup sikit sambutan orang melayu berbanding orang cina. Harap-harap sambutan orang melayu yang sikit tu tak menggambarkan sokongan sebenar orang melayu di Johor kepada Pakatan Rakyat.
Lagipun, Pakatan Rakyat tak perlu sokongan yang tinggi sangat dari orang melayu untuk menang majoriti mudah tewaskan Umno BN di Dun Johor. Pakatan Rakyat Johor cuma perlu sokongan undi dari orang melayu sekitar 35% saja.
Mungkin ada yang kata Johor nanti akan jadi macam Perak selepas PRU12 dulu, Nizar jadi MB kuda tunggangan DAP. Kali ni Salahuddin Ayub pulak akan jadi MB kuda tanggungan DAP di Johor.
Untuk menang majoriti mudah Pakatan Rakyat perlu menang 29 dari 56 kerusi, kalau semua calon DAP menang maknanya DAP akan menguasai Dun Johor.
Jawapan aku untuk golongan rasis ni mudah saja, untuk pastikan Salahuddin Ayub takkan jadi MB kuda tunggangan DAP, orang melayu kena ramai-ramai berubah dan undi calon PAS yang bertanding di 30 kerusi dan calon PKR di 12 kerusi.
Calon PAS yang 30 orang tu kena bagi menang banyak. Kalau calon PAS menang lebih 14 kerusi tak timbul lagi isu kuda tungangan tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis