Yang paling aku sedih bercampur marah dan terlalu meluat bila dengar banyak khabar angin yang kata ada beberapa orang pemimpin PAS Perak secara terbuka lahirkan hasrat berminat nak jadi MB Perak. Sudah-sudah la buat kerja politik BANGANG macam tu.
TheMalaysianInsider melaporkan:
IPOH, 9 April — Pakatan Rakyat (PR) sangat yakin mereka boleh membentuk kerajaan negeri Perak selepas Pilihan Raya 2013 akan tetapi pemimpin negeri masih lagi belum menetapkan siapa calon menteri besar di sebalik Barisan Nasional (BN) yang turut yakin akan dapat mempertahankan negeri tersebut.
The Malaysian Insider difahamkan di kala majoriti kepimpinan tertinggi DAP dan sebahagian dari PAS masih mahu Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengisi jawatan tersebut, sebahagian mengintainya untuk diri sendiri dan percaya pemimpin lantang PAS itu tidak sesuai untuk dicalonkan kali ini. - TMI.
Bab isu Menteri Besar Perak ni aku dah lama serabut kepala, sungguh-sungguh aku tak faham pasai apa Pakatan Rakyat Perak tak sungguh-sungguh tonjolkan Hj Nizar sebagai calon Menteri Besar jika dapat tawan balik Perak selepas PRU13 nanti.
Takkan kut depa tak sedar Hj Nizar adalah satu-satunya produk yang Pakatan Rakyat Perak ada yang dah cukup terkenal selepas dilantik sebagai MB Perak selepas tawan Perak pada PRU12 yang lalu.
Dari seorang pemimpin PAS yang orang PAS pun ramai yang tak kenal tiba-tiba jadi terkenal bukan saja di Perak tapi diseluruh Malaysia. Dan kewibawaan dia memang terserlah dan diakui oleh kawan dan lawan.
Dengan kelulusan yang dia ada ditambah dengan keterampilah dan juga PR dia, produk yang cukup mahal ni cukup mudah untuk 'dijual' sebagai ikon.
Setakat yang selalu diperkatakan Hj Nizar cuma ada 2 masalah. Yang pertama dia dilabel sebagai boneka DAP oleh penchachai Umno BN. Takkan soalan yang mudah macam ni pun Pakatan Rakyat Perak tak boleh jawab?
Kalau betul-betul 'all out' isu ni aku rasa sekejap saja isu ni boleh Pakatan Rakyat padam. Lagipun jawapan yang Pakatan Rakyat bagi sebelum ni pun dah cukup jelas dan mudahuntuk difahami. Cuma masalahnya jawapan tu mungkin tak sampai ke ke sasaran yang tepat. Masih ramai lagi rakyat Perak yang tak berpeluang untuk dengar jawapan Pakatan Rakyat tu.
Masalah yang kedua, Hj Nizar dikatakan tak disukai oleh pihak Istana. Pada aku mudah saja. Peduli apa Istana suka atau tidak. Peduli ada Istana suka atau tidak. Berapa sangat undi yang ada di Istana Perak tu. Yang akan tentukan menang atau kalah Pakatan Rakyat adalah undi rakyat Perak.
Macam jugak isu boneka DAP, isu ni pun tak susah mana untuk Pakatan Rakyat jawab dan jawapan yang Pakatan Rakyat bentangkan sebelum ni pun pada aku dah cukup power. Hj Nizar bukannya derhaka kepada Istana, dia cuma mempertahankan hasrat majoriti rakyat di Istana.
Lagi satu yang aku sangat-sangat serabut. Pemimpin Pakatan Rakyat sendiri macam tak berapa suka Hj Nizar jadi Menteri Besar Perak.
Dan yang paling aku tak puas hati, pemimpin PAS Perak sendiri pun macam tak mau Hj Nizar jadi menteri besar Perak.
Malah cerita khabar angin Hj Nizar tak disukai oleh pihak Istana pun digenbar-genburkan oleh pihak PAS Perak sendiri.
Bila depa turun ke bawah jumpa akar umbi, antara benda yang selalu depa tekankan adalah supaya pihak akar umbi ketepikan segala sengketa yang ada dan fokus untuk buat kerja tawan Perak, tapi depa sendiri tak fokus, sibuk mencatur sampai produk yang cukup berharga yang cukup mudah 'dijual' untuk menjamin kemenangan Pakatan Rakyat Perak diketepikan.
Yang paling aku sedih bercampur marah dan terlalu meluat bila dengar banyak khabar angin yang kata ada beberapa orang pemimpin PAS Perak secara terbuka lahirkan hasrat berminat nak jadi MB Perak. Sudah-sudah la buat kerja politik BANGANG macam tu.
Apa pun, aku sangat-sangat harap segala khabar angin tu palsu belaka...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis