Terbaik dari Dr. Asri Zainul Abidin | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 18, 2013

Terbaik dari Dr. Asri Zainul Abidin

Kalau Dr. Asri tu orang politik, aku mungkin tak berapa nak yakin dengan kenyataan macam tu, biasa la kalau ahli politik hari ni kata tak mau, tiba-tiba tergedik-gedik terima bila ada 'tawaran lumayan'.

Sinarharian melaporkan:
PETALING JAYA - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus mengakhiri spekulasi banyak pihak.

Beliau sebelum ini ada disebut-sebut akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat. Umno pun dilapor pernah cuba untuk memikat beliau. - Sinarharian.    
Macam yang aku tulis sebelum ni, kalau betul Dr. Asri nak bertanding dalam PRU13 nanti, aku suka kalau dia bertanding atas tiket DAP. Biar puak-puak assobiah dalam Umno penin nak tembak kut mana, dah tentu punya depa akan tertembak sesama sendiri.

Pun begitu, aku lebih suka Dr. Asri tak bertanding dan kekal macam keadaan dia sekarang supaya mudah dia nak belasah kerajaan dibentuk selepas PRU13 nanti.
aku lebih suka Dr. Asri tak sertai mana-mana parti politik. Tambah-tambah kalau betul PR berjaya tewaskan BN masa PRU13 nanti, orang macam Dr. Asri amat perlu untuk jadi pengkritik Pakatan Rakyat. - Ibid.
Aku yakin ramai yang sedih dengan keputusan Dr. Asri ni, ramai yang mengharap Sr. Asri akan jadi 'orang depa', masing-masing harap boleh tumpang aura yang ada pada Dr. Asri.

Sinarharian juga melaporkan:
"Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online kelmarin. - Ibid.
Kalau Dr. Asri tu orang politik, aku mungkin tak berapa nak yakin dengan kenyataan macam tu, biasa la kalau ahli politik kalau hari ni kata tak mau biasa sangat kalau tiba-tiba tergedik-gedik terima bila ada 'tawaran lumayan'.

Tapi pasai Dr. Asri bukan orang politik dan ahli akademik pulak tu,  aku anggap kenyataan dia tu sebagai muktamat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...