Perkembangan terkini kemungkinan pertandingan 3 penjuru di Bagan Serai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 18, 2013

Perkembangan terkini kemungkinan pertandingan 3 penjuru di Bagan Serai

Lagi satu dan yang paling menarik, ada khabar angin yang kata PAS Bagan Serai nak ugut Dr. Mohd Nor Manuti supaya buat sesuatu kalau takmau "hilang wang pertaruhan". Aku nak gelak pun ada dengar 'lawak' tu.

Ramai jugak yang marah kat aku bila aku ulas pasai konflik perebutan kerusi di Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu semalam. Ramai yang pertikai pasai apa nak buka rahsia cerita dalaman macam tu.

Rahsia dalaman apanya kalau dah terpampang dalam surat khabar dan dah ramai yang update pasai tu kat dalam blog dan facebook. Konflik ni pun bukannya baru, patutnya dah lama konflik di Bagan Serai ni diselesaikan.    
Lagi pun, pada aku elok dipanaskan konflik tu supaya pimpinan terutamanya di peringkat pusat betul-betul peduli pasai konflik tu dan berusaha menyelesaikan konflik tu secepat mungkin.

Takkan nak biar konflik tu sampai ke hari penamaan calon dengan harapan semua pihak akan wala' kut. Kalau semua pihak wala' pun, persoalannya depa wala' kat sapa?

Tambah-tambah dengan kemajuan teknologi maklumat hari ni terutamanya melalui media baru, apa sangat yang boleh disorok? Dah tentu punya puak Umno BN dah maklum pasai konflik ni, kalau pun depa tak main sangat isu ni sekarang tapi bila dah bubar parlimen tentu punya depa akan mainkan habis habisan.

Orang politik ni biasanya memang suka buat-buat tak nampak kalau ada sesuatu masalah, selalu sangat depa ambil pendekatan 'sapu bawah karpet', tapi kalau dah heboh baru depa mengelabah dan cuba selesaikan walaupun keadaan dah jadi cukup parah.

Tumpang aku dah bukak pasai isu konflik di Bagan Serai ni semalam elok jugak kut aku maklumkan perkembangan terbaru, biar jadi lagi heboh dan panas.

Ada khabar angin yang aku dengar, PAS Bagan Serai dapat 2 tawaran dari dua pihak yang berbeza dari PKR. Pihak yang pertama tawarkan kerusi Dun Alor Pongsu pasai puak depa yang nak bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai. Pihak yang satu lagi pulak tawarkan kerusi parlimen Bagan Serai pasai puak depa nak bertanding di kerusi Dun Alor Pongsu.

Dari khabar angin tu memang jelas nampak yang masalah dalaman PKR Bagan Serai sampai sekarang pun belum selesai lagi. Masalahnya, PAS Bagan Serai nak bekerjasaman dengan pihak mana? Dan katanya sampai sekarang Azmin masih belum lagi bersuara.

Lagi satu dan yang paling menarik, ada khabar angin yang kata PAS Bagan Serai nak ugut Dr. Mohd Nor Manuti supaya buat sesuatu kalau takmau "hilang wang pertaruhan".

Aku nak gelak pun ada dengar 'lawak' tu. Agak-agak la kalau nak ugut pun. Takkan sampai boleh hilang wang pertaruhan kut. Tapi kalau takat nak bagi kompom kalah aku yakin PAS Bagan Serai memang mampu kalau depa nak buat.

Apa pun, sebagai Pengerusi Negeri Dr. Mohd Nor Manuti memang patut sangat buat sesuatubertanding dan menang di kerusi Parlimen bangan Serai.

Tambah-tambah aku dibagitau yang setelah proses pemutihan keahlian PKR Cabang Bagan Serai tak sampai pun 200 orang dengan ranting yang tak sampai pun 10. Entah betul entah tidak aku pun tak pasti tapi kalau di tengok realiti kekuatan PKR di Parit Buntar besar kemungkinannya maklumat tu betul, malah tak mustahil lebih teruk dari tu.

Apa pun, tu semua cuma khabar angin dan maklumat tak rasmi yang tak tentu betul atau tak dan tak tentu lagi jadi atau tak.

Tapi yang lebih pentingnya aku sangat-sangat harap supaya pimpinan Pakatan Rakyat termasuk di peringkat pusat, betul-betul ambil berat konflik di Bagan Serai ni dan selesaikannya secepat mungkin.

Kegagalan menyelesaikan konflik ni mungkin akan mengakibatkan bukan saja peluang untuk menang di Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu terjejas malah tak mustahil konflik ni akan merebak ke Dun dan dan tak mustahil jugak ke Parlimen lain.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...