Perhatian untuk anak Perak di Lembah Kelang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 07, 2013

Perhatian untuk anak Perak di Lembah Kelang

Kalau hangpa ada yang tak puas hati dengan bakal calon yang hangpa dengar akan dicalonkan untuk PRU13 nanti di kampung halaman tempat hangpa nak mengundi nanti, ni la kut masa paling sesuai hangpa nak belasah pimpinan Kawasan berkenaan.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis ramah mesra dengan pengundi-pengundi Perak yang berada di Lembah Klang pada hari Ahad, 13 Januari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang.

Program atas nama Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Perak di Perantauan Lembah Klang ini julung-julung kalinya diadakan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. - Hrkh.
Sebenarnya bukan saja Jabatan Pilihanraya Negeri saja yang akan turun, tapi Jabatan Pilihanraya Kawasan-kawasan pun akan turun sama, atau lebih tepat lagi diwajibkan hantar wakil turun sama program tu.

Jadi, bukan takat beramah mesra dengan pimpinan Perak di Peringkat Pusat dan negeri tapi yang lebih penting lagi pimpinan di peringkat Kawasan.

Kalau hangpa ada yang tak puas hati dengan bakal calon yang hangpa dengar akan dicalonkan untuk PRU13 nanti di kampung halaman tempat hangpa nak mengundi nanti, ni la kut masa paling sesuai hangpa nak belasah pimpinan Kawasan berkenaan.

Jugak kalau kawasan yang hangpa nak balik mengundi tu dah ada Wakil Rakyat dari PAS yang hangpa dengar macam-macam cerita yang tak sedap didengar, inilah masanya kut hangpa nak tanya atau nak belasah.

Bukan senang kut hangpa nak jumpa dan cakap apa-apa yang hangpa tak berapa puas hati face-to-face dengan pimpinan kawasan tambah-tambah lagi hangpa-hangpa yang jarang balik kampung.

Jugak aku dimaklumkan dalam program ni PAS akan ambil nama mana-mana pengundi yang nak balik mengundi tapi bajek tak berapa nak cukup. PAS tak kaya macam Umno yang memang banyak duit pasai rasuah tapi pas tak la miskin sangat sebab PAS ada ramai ahli dan penyokong yang selalu bagi derma walaupun sekupang dua.

Rasanya takdak masalah kut untuk PAS bagi sikit duit saguhati untuk tampung mungkin sebahagian dari kos ahli dan penyokong yang nak balik mengundi tapi bajek tak berapa nak cukup tu dengan syarat hangpa-hangpa yang duit ada sikit sebanyak dalam bank tu hulur lebih sikit kat PAS kawasan-kawasan.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...