Ini analisa yang ramai pemimpin PAS tak berapa suka baca | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 01, 2013

Ini analisa yang ramai pemimpin PAS tak berapa suka baca

Kalau tua macam TG Nik Aziz tak pa la pasai walaupun tua tapi orang muda sayang tapi masalahnya yang kata tu bukan takat orang muda tak suka, orang tua pun ramai yang meluat. 

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menampilkan calon-calon muda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang sebagai salah satu langkah menarik sokongan pengundi baru, kata penganalisis politik.

Mereka juga berpendapat kedua-dua parti harus menggugurkan mana-mana calon yang hanya mengejar populariti dan menjadi beban politik atau bakal ditolak pengundi. - TMI.
Kalau dalam Umno BN memang tak heran la, pasai memang dah jadi rahsia yang diketahui umum, pemimpin-pemimpin depa terpaksa berusaha bersungguh-sungguh untuk kekal jadi pemimpin.

Apa saja cara depa sanggup gunakan untuk pastikan depa kekal jadi pemimpin termasuk merasuah ahli bawahan dan pimpinan atasan dan dalam masa yang sama perlu mencantas pemimpin pelapis yang dilihat mampu mencabar dan mencantas depa.

Tentunya tugas berat tu memerlukan banyak modal dan pengaruh dan cara paling mudah untuk dapatkan banyak modal dan pengaruh adalah dengan jadi calon dan seterusnya menang.

Bila dah jadi wakil rakyat tentu ramai penyokong dan dalam masa yang sama peluang cukup terbuka untuk kumpul harta melalui penyalahgunaan kuasa dan kabel kroni.

Pasai tu tak heran kalau pemimpin-pemimpin yang tua dalam Umno BN cukup susah nak bagi laluan kepada calon yang lebih muda. Kecuali la kalau pemimpin tua tu dah banyak penggal memang pilihanraya dan dah kumpul cukup harta untuk makan sampai ke anak cucu dan depa pun dah letih jadi wakil rakyat.

Pasai tu jugak aku langsung tak heran 'cah keting' cukup sinonim dengan Umno. Pemimpin yang tak dipilih sebagai calon sanggup sabotaj untuk pastikan pesaing dia yang dipilih jadi calon tak menang dalam pilihanraya.

Pasainya kalau calon tu kalah dalam pilihanraya ada peluang untuk dia pulak dipilih sebagai calon untuk pilihanraya akan datang. Kalau calon tu menang lagi susah la dia nak cantas wakil rakyat dari jadi calon lagi sekali.

Yang aku mushkilnya, dalam PAS pun cukup susah pemimpin yang dah tua untuk bagi laluan kepada pemimpin yang lebih muda untuk jadi calon. Termasuk yang dah kalah berkali-kali dalam pilihanraya pun masih lagi nak jugak jadi calon.

Sepatutnya benda macam ni tak berlaku dalam PAS pasai sejak aku mula kenal PAS, tarbiah dalam PAS selalu sangat tekankan yang jawatan adalah amanah yang tak patut dikejar. Malah perkataan 'melobi' adalah taboo dalam PAS.

Kalau negeri Perak boleh dijadikan contoh, berapa kerat sangat calon dari kalangan pemuda yang akan jadi calon dalam PRU yang akan datang walaupun DPP kata sepatutnya 40% dari calon adalah dari kalangan pemuda.

Kalau 40% dari 59 kerusi Dun di Perak, patutnya ada 23 orang calon dari kalangan pemuda tapi setakat yang aku tau tak sampai 5 orang pun dari kalangan pemuda yang disebut-sebut akan jadi calon.

Yang paling aku sakit hati ada khabar angin yang aku dengar kata ada calon tua yang kata kat pimpinan pemuda Perak

"Hangpa ada banyak masa lagi untuk jadi calon, bagi la peluang kat kami yang tua-tua ni jadi calon untuk PRU13 ni."

Kalau tua macam TG Nik Aziz tak pa la pasai walaupun tua tapi orang muda sayang tapi masalahnya yang kata tu bukan takat orang muda tak suka, orang tua pun ramai yang meluat.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...