Mungkin dia nak bagitau yang Umno BN Pahang tak rembat tanah macam Umno BN Selangor dan tak sepatutnya dihukum oleh rakyat macam Umno BN Selangor. Bahkan dia jugak nak bagitau, bukan saja tak rembat tanah rakyat tapi akan bagi hak milik tanah kepada rakyat.
Gambar hiasan |
JERANTUT, 23 Dis — Kerajaan Pahang memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan pemilikan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai pilihan raya ke-13.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata di kebanyakan tempat, permohonan tanah telah diselesaikan oleh jawatankuasa permohonan tanah pejabat daerah.
“Ada tempat yang 100 memohon, semua dapat. Tapi ada juga kebanyakan tempat hanya 30 peratus yang selesai, 70 peratus lagi masih dalam proses. Ini akan kita selesaikan selepas pilihan raya nanti,” katanya. - TMI.
Semalam dalam posting bertajuk "Isunya sekarang ni berapa lama Umno BN patut dihukum?" aku ulas pasai pengakuan Penyelaras BN selangor yang mengakui yang Umno BN Selangor memang sepatutnya dihukum oleh rakyat pada PRU12 yang lalu pasai rompak hak rakyat khasnya dalam isu Umno Bahagian rembat tanah.
Nampaknya Menteri Besar Pahang cepat belajar dari kenyataan Pengerusi BN Selangor tu, takut rakyat Pahang hukum Umno BN Pahang pada PRU13 akan datang.
Dia umumkan yang permohonan tanah oleh rakyat Pahang akan diselesaikan selepas PRU1313.
Mungkin dia nak bagitau yang Umno BN Pahang tak rembat tanah macam Umno BN Selangor dan tak sepatutnya dihukum oleh rakyat macam Umno BN Selangor.
Bahkan dia jugak nak bagitau, bukan saja tak rembat tanah rakyat tapi akan bagi hak milik tanah kepada rakyat.
Tak payah la Nan Yaakob nak tipu rakyat Pahang. Kalau dulu-dulu mungkin la kut berkesan tipu cara ni tapi sekarang dengan maklumat dihujung jari rakyat takkan dapat dengan mudah ditipu.
Kalau betul Umno BN bersungguh-sungguh nak bagi geran tanah kepada rakyat pasai apa perlu tempoh sampai selepas PRU13, patutnya sebelum PRU12 lagi dah Kerajaan Pahang boleh selesaikan permohonan geran yang aku yakin bertimbun di Pahang sekarang ni.
Bahlkan sepatutnya kerajaan Pahang luluskan geran tanah kepada golongan yang tak pandai selok belok mintak tanah tapi lebih memerlukan tanah sekurang-kureangnya untuk tapak rumah.
Contohnya macam kerajaan Terengganu masa dibawah PAS dan Perak masa di bawah Pakatan Rakyat macam yang dilaporkan SinarHarian:
Sewaktu Pas perintah Terengganu pada 1999-2004, Kerajaan Pas berjaya menyediakan lebih 50,000 lot tanah. Manakala pada 2008, sebanyak 149,000 lot untuk rumah telah berjaya diwujudkan Kerajaan PR Perak meskipun hanya sempat memerintah selama 11 bulan. - Sinarharian.Kalau nak dibandingkan dengan Kerajaan Terengganu masa di bawah PAS, Kerajaan Pahang yang tak pernah lagi diperintah selain oleh Umno BN yang lebih patut dihukum oleh rakyat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis