Aku yakin tarikh berkhemah sampai esok pagi tu akan dipanjangkan sampai ke tarikh Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 kalau rayuan kes tu esok ditolak.
Malaysiakini melaporkan:
Aktivis pelajar yang membantah hukuman penjara ke atas seorang rakan pelajar mereka yang menyertai perkemahan protes anti-PTPTN April lepas, kembali menduduki semula Dataran Merdeka pagi ini.
Kira-kira 10 daripada mereka tiba di tempat tarikan pelancong di ibunegara itu, dan duduk di satu sudut dataran awam tersebut, berhadapan dengan bangunan bekas mahkamah Kuala Lumpur. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Mereka tiba awal pagi ini selepas berkemah di Penjara Kajang, di mana rakan mereka, Umar Mohd Azmi sedang menjalani hukuman sebulan penjara kerana menghalang pegawai DBKL semasa bantahan awal mereka.Aku yakin tarikh berkhemah sampai esok pagi tu akan dipanjangkan sampai ke tarikh Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 kalau rayuan kes tu esok ditolak.
Menurut jurucakap mereka, lebih ramai dijangka tiba tidak lama lagi, dan kumpulan itu merancang berada di situ sehingga pagi esok apabila rayuan Umar terhadap sabitan dan hukuman penjara terhadapnya, didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Ibid,
Aku yakin kalau rayuan kes tu esok pagi ditolak akan lebih ramai lagi yang akan berhimpun di Dataran Merdeka malam esok.
Cukup relevan apa yang DPP Pusat update dalam facebook depa:
Kes 1: Halang tugas pegawai penguatkuasa DBKL : penjara sebulan + denda RM 1,000
Kes 2 : Rogol bawah umur : tiada penjara + hanya dikenakan bon berkelakuan baik. - Facebook.
Seorang pegawai DBKL datang meminta peserta 'Occupy Dataran' 'Justice for Umar' untuk mengeluarkan poster2. |
Dato' Ambiga turut hadir memberikan sokongan kepada peserta 'Occupy Dataran' Justice for Umar. |
Mengisi masa dengan melukis dan menulis kata-kata sokongan untuk Umar di atas baju-T. |
'Live' dari Dataran Merdeka. Umar, kami rasa apa yang kamu rasa. FREE UMAR NOW. JUSTICE 4 Umar. |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis