Karpal Singh dah jadi beban kepada DAP? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 17, 2012

Karpal Singh dah jadi beban kepada DAP?

Memang nampak jelas Karpal Singh ni memang tak mau sungguh-sungguh dan tak setuju sungguh-sungguh dengan undang-undang hudud. Alasan sekatan perlembagaan persekutuan yang dia selalu guna tu tak lebih sekadar untuk bagi nampak sikit lunak 'perjuangan' dia menentang undang-undang hudud.

Malaysiakini semalam melaporkan:
Pengerusi nasional DAP Karpal Singh hari ini dengan keras menafikan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung kesediaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud.

MP Bukit Gelugor itu malah menyifatkan Harun "menyimpang jauh daripada kebenaran dan berniat jahat" apabila turut menyatakan bahawa beliau hanya kelihatan tidak bersetuju dengan hudud.

"DAP sejak sekian lama berulang kali menegaskan pendirian kami terhadap pengenalan hudud di negara ini. - Mkini.  
Kemarin dulu Malaysiakini melaporkan:
Diminta mengulas "suara-suara sumbang" dalam DAP khususnya Karpal Singh yang menolak, Harun mendakwa tokoh DAP itu, "tidak sempat mengikut dialog dan penjelasan" yang dibuat oleh PAS.

"Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.

"Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju," katanya. - Mkini.
Malaysiakini semalam juga melaporkan:
"DAP sejak sekian lama berulang kali menegaskan pendirian kami terhadap pengenalan hudud di negara ini.

"Hudud tidak boleh wujud dalam Malaysia yang merupakan negara sekular," tegas Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, DAP tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana ia penting kepada asas kewujudan parti itu. - Ibid.
Bila baca laporan Malaysiakini tu dan bila diingat-ingat balik kenyataan-kenyataan Karpal sebelum-sebelum ni berkenaan isu hudud memang nampak jelas Karpal singh ni memang tak mau sungguh-sungguh dan tak setuju sungguh-sungguh dengan undang-undang hudud.

Alasan sekatan perlembagaan persekutuan yang dia selalu guna tu tak lebih sekadar untuk bagi nampak lunak 'perjuangan' dia menentang undang-undang hudud.

Tepat macam blogger Amenoworld tulis:
Aku dah cakap. Aku dah sebut banyak kali dah karpal neh tak mao hudud. Aku dok perhatikan statement2 dia sebenarnya. Dulu2 aku pun fikir dia tolak hudud sebab perlembagaan. Tapi lama2 aku dah detect. Ini bukan atas nama undang2 tapi atas kepercayaan dan keyakinan bahawa dia memang anti hudud. - Amenoworld.
Dalam bulan lepas aku ada sembang dengan sorang member, peniaga cina yang agak rapat dengan aku berkenaan Karpal Singh ni. Member tu kata sebenarnya suara karpal Singh bukan lagi suara DAP. Pemimpin DAP terutama yang muda-muda termasuk Lim Guan Eng memang tak setuju dengan banyak kenyataan dan aksi Karpal tapi depa malas nak bangkang pasai menghormati Karpal sebagai veteren DAP.

Member cina tu mengaku banyak kenyataan Karpal merugikan DAP. Banyak kenyataan Karpal yang boleh meretakkan hubungan DAP terutama sekali dengan PAS.

Dengan kata lain, Karpal Singh ni semacam dah jadi macam beban kepada DAP. Kalau betul andaian tu, aku harap peminpin-pemimpin muda dalam DAP berani menyanggah kenyataan Karpal Singh sekurang-kurangnya untuk memudahkan Umno BN ditumbangkan dalam PRU13 nanti.

Apa pun, tentangan Karpal Singh terhadap undang-undang hudud masih lagi tak lawan tentangan MCA ke atas undang-undang hudud malah tentangan Umno secara keseluruhannya pun sebenarnya lebih kuat dari tentangan Karpal Singh dalam isu undang-undang hudud ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...