Kalau la betul TG Hj Hadi lawan Najib di parlimen Pekan... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 03, 2012

Kalau la betul TG Hj Hadi lawan Najib di parlimen Pekan...

Tobat lahum aku tak percaya. Kalau 10 tahun lepas mungkin la, tapi dalam keadaan peluang Pakatan Rakyat paling besar untuk tumbangkan Umno BN dan rampas Putrajaya dalam PRU13 ni, memang boleh kata mustahil la situasi macam tu akan terjadi.

Harakahdaily melaporkan:
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.

“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya. - Hrkh.
Tobat lahum aku tak percaya. Kalau 10 tahun dulu mungkin la, tapi dalam keadaan peluang Pakatan Rakyat paling besar untuk tumbangkan Umno BN dan rampas Putrajaya memang hampir mustahil la situasi macam tu akan terjadi.

Bukan takat TG Hj Hadi, kalau Anwar Ibrahim kata dia pun mungkin bertanding di Pekan pun aku tak percaya, tambah lagi la aku tak percaya kalau Lim Kit Siang kata sanggup bertanding di Parlimen Pekan. Paling aku tak percaya kalau Najib Rosmah samggup bertanding di parlimen Marang menentang TG Hj Hadi.

Tapi dari segi tarbiahnya, memang aku percaya TG Hj Hadi sanggup bertanding di mana saja kalau parti arahkan, nak bagitau yang pimpinan PAS memang cukup wala' dengan arahan parti, hatta presiden parti sekalipun.

Cumanya mustahil la parti nak arahkan TG Hj Hadi bertanding di parlimen Pekan, satu arahan yang ukup BANGANG dari segi politik.

Tapi kalau betul la jadi situasi macam tu, memang cukup menarik. Bukan setakat heboh dalam berita tempatan, berita antarabangsa pun tentu over berita tu. Tentu punya ramai wartawan asing berkampung di Pekan sepanjang tempoh kempen.

Lagi satu, tak perlu tunggu hari penamaan calon pun, cukup sekadar TG Hj Hadi buat kerja bagi nampak macam nak bertanding di parlimen Pekan, tentu punya Najib Rosmah risau tak oleh tidur malam.

Tak kira la berapa ramai Umno import bangla dan indon supaya boleh mengundi di Parlimen Pekan, tentu punya Najib Razak akan rasa risau. Tentu punya dia terfikir, takkan saja-saja kut Presiden PAS nak bertanding lawan dia di parlimen Pekan tu.

Apa pun, kalau betul TG Hj Hadi lawan Najib Rosmah di parlimen Pekan, tentu punya Najib Rosmah yang akan menang. Bukan sebab Najib Rosmah bagus atau TG Hadi teruk sangat, tapi pasai Najib Razak dah ambil pengajaran PRU10 bila dia cuma menang majoriti 241 undi.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...