Berita Hairan!!! Polis sendiri buat report polis supaya polis boleh siasat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 08, 2012

Berita Hairan!!! Polis sendiri buat report polis supaya polis boleh siasat?

Selama ni kita selalu disumbat dengan kenyataan dari pihak polis yang kata polis tak boleh buat siasatan pasai takdak sapa buat laporan polis.

Logik akai aku tak berapa nak boleh terima. Tak berapa nak logik kalau betul ada peraturan atau undang-undang polis tak boleh buat siasatan kalau takdak sapa buat laporan polis.

Rupa-rupanya pihak polis sendiri sendiri boleh buat report polis supaya pihak polis buat siasatan, macam salinan report polis kat bawah ni.
Sumber: Facebook Polis Johor
Realitinya, berlambak laporan polis yang pihak pakatan rakyat buat selama ni tapi tak nampak langsung macam pihak polis buat siasatan pun. Bukan maksud aku langsung polis tak buat siasatan tapi nampak banyak yang polis macam langsung tak buat siasatan.

Berbalik kepada kenyataan media pasai 2 laporan polis yang polis sendiri buat tu, untuk cerita pencerahan lebih lanjut boleh baca artikel oleh Malaysiacrisis macam yang disiarkan oleh MediaPerak.net.

Adakah dengan penangkapan rakyat yang dikatakan menghina Sultan Johor akan menjadikan rakyat terus takut dan diam? Percaturan Polis Johor dan pihak Istana adalah salah. Kes-kes seperti ini akan menjadikan lebih ramai rakyat bangkit menentang kezaliman. - MediaPerak.net


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...