"Tak kenal siapa Hamzah Zainuddin ni pun tak dak masalah rasanya, tambah pulak nampak macam hayat dia sebagai Ahli Parlimen pun dah tak lama. Kalau dia bertanding lagi kerusi parlimen Larut pun, peluang untuk dia kalah memang besar. Masa PRU12 dulu pun dia cuma menang 1,911 undi saja."
Satu portal penchachai Umno Perak melaporkan:
Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata bajet pembangkang yang diwar-warkan dua hari sebelum Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu hanya bersifat retorik dan tidak realistik dari segi pengurusan ekonomi.
Beliau yang juga merangkap Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, berkata rakyat sebaliknya perlu bersyukur kerana negara dianugerahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bijak mengurus ekonomi serta menggunakannya dengan cara yang berhemah.
“Bagi saya, bajet bayangan pembangkang itu sepatutnya dinilai secara keseluruhan kerana mereka tidak tahu jangkaan pendapatan negara.
“Tetapi, mereka buat sesuatu (bajet) yang awal dan sebenarnya sekadar retorik semata-mata dan langsung tidak realistik. - penchachai.
Kalau setakat nak kata retorik dan tak realistik tanpa bukti macam tu sapa pun boleh. Tak payah nanti ada jawatan timbalan menteri, JKK kut kampung yang cuma berjawatan tukang kebun sekolah pun reti.
Lagi elok baca ulasan perbandingan antara bajet yang Najib bentang dengan yang Anwar Ibrahim bentang boleh baca di MediaPerak.com: Jom kaji Bajet BN VS Bajet PR !!!. Ada jugak angka dan fakta sebagai rujukan.
Cuma yang aku mushkil, sapa Hamzah Zainuddin ni yang Najib lantik dia jadi Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuditi. Aku langsung tak kenai Hamzah Zainuddin ni. Jenih timbalan menteri makan gaji buta kut, pasai tu aku tak kenai.
Kalau jenis timbalan menteri yang rajin dan pandai buat kerja, tentu nama dia selalu masuk berita, paling kurang kalau takat kenal nama pun ok la, kalau pun tak terkenal macam Zainuddin 'erection' Maidin
Bila aku buat carian dengan pakcik google aku jumpa tulisan blogger Al-Hussyen yang bertajuk "Siapakah Hamzah Zaimuddin?"
Menarik jugak kisah hidup Hamzah Zainuddin dari kacamata blogger Al-Hussyen ni? Betul ka tak betul aku tak pasti, tapi aku rasa betul la kut, kalau tak dah lama Al-Hussyen kena saman.
Tak kenal siapa Hamzah Zainuddin ni pun tak dak masalah rasanya, tambah pulak nampak macam hayat dia sebagai Ahli Parlimen pun dah tak lama. Kalau dia bertanding lagi kerusi parlimen Larut pun, peluang untuk dia kalah memang besar.
Masa PRU12 dulu pun dia cuma menang 1,911 undi saja.
P56 LARUT |
Jumlah Pengundi: 39,697 Peratusan Kaum: M: 87.49% C: 5.86% I: 6.62% L: 0.03% |
1. Datuk Hamzah Zainuddin (BN) (15,878) 2. Dr. Mohd. Dhari Othman (Pas) (13,967) |
Majoriti: 1,911 Jumlah undi: 30,532 Peratus mengundi: 76.91% Undi rosak: 687 |
Penyandang: Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN) (Majoriti: 7,438 undi) |
Kalau tengok ke gerakerja PAS Larut, terutama sekali apa yang Nazri Din dan Ust Akmal buat melalui Pemuda PAS Larut, takat nak tutup majoriti kurang 2ribu undi tu nampaknya memang takdak masalah. Kalau tengok ke sokongan anak muda, memang Umno tak terlawan.
Cuma yang aku risau sikit kalau bukan Ust Akmal yang jadi calon untuk kerusi Parlimen Larut. Pasainya, dengar cerita PAS Pusat nak letak bekas Pengarah JSJ, Fauzi Shaari jadi calon payung terjun bertanding kat situ.
Takdak masalah sangat sebenarnya sapa pun jadi calon kalau orang Larut boleh terima. Yang jadi masalahnya, aku dengar khabar angin bekas pengarah JSJ ni jarang sangat tunjuk muka di Larut.
Dengar ceritanya program meraikan Aidil Fitri yang PAS Larut buat cukup 'grand' tu pun dia tak turun. Padahal program macam tu cukup cantik untuk dia beramah mesra dengan orang Larut terutama sekali jentera grassroot PAS di peringkat cawangan dan UPU.
Susah la kalau masih lagi nak gunakan kaedah 'cuci kaki masuk rumah' ja. Aku tak heran kalau orang atas pagar tak teringin nak undi calon jenih macam ni, takutnya penyokong PAS pun tak semangat nak buat kerja merayu undi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis