Salahuddin Ayub garis 3 prinsip yang wajib diikuti semua termasuk ahli Majlis Syura'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 12, 2012

Salahuddin Ayub garis 3 prinsip yang wajib diikuti semua termasuk ahli Majlis Syura'?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Menghormati Majlis Syura, berpegang kepada keputusan muktamar dan mentaati keputusan kepimpinan yang dibuat secara kolektif adalah antara prinsip paling asas yang perlu dipegang oleh semua ahli dan kepimpinan PAS.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, ketiga-tiganya perlu menjadi prinsip paling asas kepada semua kepimpinan dan ahli PAS yang mahu melihat parti itu sentiasa teguh dan mampu menempuh apapun cabaran yang dihadapinya. - Hrkh.  
Satu nasihat yang sangat baik untuk semua ahli PAS tak kira pimpinan atau ahli biasa termasuk tentunya ahli Majlis Syura'

Yang pertama - Menghormati Majlis Syura'.

Memang pun sepatutnya macam tu pasai Majlis Syura' adalah kuasa tertinggi dalam PAS. Majlis Syura' ada kuasa membatalkan apa saja keputusan parti dan berkuasa 'mentafsirkan' perlembagaan atau dengan bahasa mudahnya Majlis Syura' ada kuasa veto.

Tapi nak kena beza antara Majlis Syura' dengan ahli Majlis Syura'. Tak semestinya pendapat ahli Majlis Syura' sama dengan pendapat Majlis Syura' secara kolektif. Tambah-tambah lagi kalau Majlis Syura belum pun bersidang ada ahli Majlis Syura' pandai-pandai buat statement lagi awal.

Yang kedua - Berpegang kepada keputusan Muktamar.

Keputusan muktamar mesti dilihat sebagai keputusan syura. Keputusan Muktamar mana boleh senang-senang nak ubah. Cuma ada 2 cara saja nak ubah keputusan Muktamar. Yang pertama dengan kuasa Majlis Syura' dan yang kedua dengan keputusan Muktamar jugak. Maknanya samada tunggu Muktamar seterusnya atau pun buat Muktamar khas.

Yang ketiga - Keputusan pimpinan yang dibuat secara kolektif.

Atau senamg ceritanya keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat. Tapi dari segi kuasa, mesyuarat AJK PAS Pusat tak boleh mengubah keputusan Muktamar. Mesyuarat AJK PAS Pusat lebih kepada ujudkan garispanduan dan rangkakerja macamana nak pastikan keputusan Majlis Syura' dan kep[utusan Muktamar terlaksana.

Kalau tengok ketiga-tiga garis tu, memang tak sepatutnya Ust Nasha boleh secara terbuka gesa PAS mempertimbangkan semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Majlis Syura' tak pernah batal atau ubah keputusan Muktamar di Ipoh pada tahun 2008 yang menggesa diperkasakan Pakatan Rakyat.

Cuma satu perdoalan yan mungkin ada dalam kepala ramai ahli dan penyokong PAS dan termaduk jugak ahli dan penyokong Pakatan Rakyat iaitu macamana bila ada yang langgar garis 3 prinsip tu.

Takkan takdak apa-apa kut.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...