Sebelum ni selepas dibelasah teruk dari segenap penjuru termasuk dari kalangan orang Umno BN, Rais Yatim umumkan logo Hari Kebangsaan yang diumumkan sebelum ni sebenarnya cuma 'logo sampingan' walaupun dua hari sebelum tu dia cela orang yang kritik logo bangang yang tak macam logo tu.
Semalam Rais Yatim tanya pendapat dalam twitter berkenaan lagu tema Hari Kebangsaan yang melodinya ada yang tuduh diciplak dari lagu berunsdur kristian dari Indonesia manakala lirik lagu tu pulak ada yang kata bertahap 'haram jadah.'
Patutnya Rais tak payah tanya pasainya kalau dia tengok lagu tu di youtube pun dah nampak cukup jelas orang ramai tak setuju dengan lagu tu. Bukan sorang dua tak setuju tapi hampir mencecah 90% yang tak suka berbanding yang suka. Bukan satu clip tapi semua klip yang benarkan pengunjung like/dislike.
Hari ni Rais Yatim menzahirkan 'gelagab bewak' dia dengan komen bangang bila Pakatan Rakyat mengumumkan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' macam yang dilaporkan Malaysiakini:
Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti yang memerintah.Sapa pulak yang nak membelakangkan sambutan Hari kebangsaan. Apa yang Pakatan Rakyat buat cuma takmau sambut Hari Kebangsaan bersama pemimpin Umno yang terlalu berpilitik dalam pilih tema, logo dan lagu hari Kebangsaan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu.
"Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk mengatakan kami tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)... juga kritik simbol diwujudkan tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka. - Mkini.
Selama ni pun memang kerajaan mempolitikkan jugak Hari Kebangsaan tapi tak la seteruk dan sebangang kali ke 55 ni.
Yang aku kata Rais Yatim 'gelabah bewak' bila keluar ayat:
"Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka," - Ibid.Tak ka bangang punya ayat tu? Orang yang 'gelabah bewak' ja kut yang sampai terpacul dari mulut ayat bangang macam tu..
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis